Harian Metro

Lelaki Pakistan ada dua MyKad palsu ditahan

-

Kajang: Seorang lelaki Pakistan yang juga peniaga pasar malam ditahan selepas didapati memiliki dua kad pengenalan palsu dalam Op Kutip di sebuah rumah di Taman Kajang Mewah di sini, tengah malam kelmarin.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Putrajaya Nooruladzi­m Ateman berkata, enam pegawai dan anggota bahagian itu melakukan serbuan berkenaan jam 12.10 tengah malam.

“Dalam serbuan itu, kami menahan lelaki Pakistan berusia 50-an kerana didapati memiliki dua kad pengenalan palsu yang ditemui di dalam dompet miliknya.

“Soal siasat mendapati lelaki

itu mengaku menggunaka­n kad pengenalan palsu sejak 2005 yang diperoleh daripada ejen di Sabah pada harga RM1,000,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 (Pindaan 2007).

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia