Harian Metro

MPB bantu 1,002 keluarga mangsa banjir di Pasir Mas

-

Kota Bharu: Media Prima Berhad (MPB) melalui Tabung Bencana NSTP-Media Prima menyerahka­n sumbangan sebanyak RM200,400 kepada mangsa yang terkesan akibat banjir di Kelantan, semalam.

Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid berkata, sumbangan berkenaan diberikan untuk 1,002 keluarga mangsa banjir di Pasir Mas, baru-baru ini dengan setiap keluarga menerima baucar tunai bernilai RM200.

Katanya, MPB sentiasa aktif menjalanka­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan membantu mereka yang dilanda bencana serta bantuan perubatan kepada golongan kurang berkemampu­an.

“Aktiviti CSR dapat dilaksanak­an lebih-lebih lagi dengan sokongan kuat daripada orang ramai melalui sumbangan kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima.

“Sehingga kini, ratusan ribu rakyat Malaysia sudah menerima manfaat daripada sumbangan orang ramai ke tabung berkenaan,” katanya pada majlis penyerahan baucar tunai berkenaan di Kota Darulnaim, di sini.

Penyerahan baucar tunai berkenaan diserahkan Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup.

Majlis penyerahan itu disaksikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi,

Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan serta Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar.

Syed Hussian berkata, pembabitan Tabung Bencana NSTP-Media Prima di Kelantan bukan sesuatu yang asing dan pelbagai sumbangan sudah diberikan termasuk bantuan perubatan dan kit kebersihan serta bekalan makanan.

“Sebelum ini Tabung Bencana NSTP-Media Prima sudah menyumbang untuk kerja-kerja pembaikan masjid yang dikenal pasti oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) pada 2015.

“Selain bantuan bencana, kami turut menyalurka­n bantuan semasa tercetusny­a pandemik Covid-19 pada 2020 termasuk pembelian dan penyerahan mesin bantuan pernafasan, peralatan perubatan dan perlindung­an diri kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Pada masa sama, Syed Hussian turut melakukan kunjungan hormat di pejabat Menteri Besar.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi membincang­kan kerjasama antara MPB dengan kerajaan negeri.

 ?? ?? DR Syed Hussian (tiga dari kanan) bersama Ahmad (tiga dari kiri) menyaksika­n Penyerahan replika cek antara Rafiq (dua dari kanan) kepada Said (dua dari kiri) di Pejabat Menteri Besar Kelantan, Kompleks Kota Darul Naim, semalam.
DR Syed Hussian (tiga dari kanan) bersama Ahmad (tiga dari kiri) menyaksika­n Penyerahan replika cek antara Rafiq (dua dari kanan) kepada Said (dua dari kiri) di Pejabat Menteri Besar Kelantan, Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia