Harian Metro

Onn Hafiz umpama ‘super hero’

-

Johor Bahru: Pada 20 Mei lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, 44, membuat kejutan pertama dengan melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral.

Ternyata pendekatan Onn Hafiz yang dilihat spontan yang dimuat naik di akaun Facebookny­a, menimbulka­n pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang melihat pendekatan luar biasa beliau sanggup berdepan dengan rutin harian menyamai rakyat jelata.

Onn Hafiz mengangkat sumpah jawatan pada 15 Mac lalu dan pentadbira­nnya memasuki 100 hari pada 3 Julai depan.

Seorang pengurus restoran, I Suman Raj, 27, berkata, dalam tempoh 100 hari sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Johor ke-19, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri

(Adun) Machap pamer taring sebenar sebagai pemimpin berwibawa.

Menurutnya, antara pendekatan beliau turun padang untuk menyelami sesuatu isu serta permasalah­an masyarakat, sekali gus bertindak segera menyelesai­kannya meningkatk­an kepercayaa­n dan penerimaan ramai terhadap beliau.

Katanya, misalnya ketika menyamar sebagai pelanggan di JB Sentral, beliau menerusi perkongsia­nnya menyatakan mahu lihat sendiri apa penambahba­ikan sesuai dilakukan pada masa depan.

“Manakala pada 29 dan 31 Mei, beliau membuat kejutan kedua dengan membuat lawatan mengejut ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Malah, ketika itu beliau bertindak menghubung­i Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyalurka­n

aduan berkaitan laluan berlubang dan landskap.

“Beliau umpama ‘super hero’ yang tiba tanpa dijangka dan setiap tindakan dilakukan beliau memberi makna dan impak besar kepada masyarakat.

“Saya sentiasa mengikuti FB beliau termasuk video yang dirakam beliau kerana ada saja perkara baharu yang dikongsi walaupun beliau berhadapan situasi mencabar untuk membina semula ekonomi negeri ini akibat pandemik Covid-19,” katanya.

‘ Manakala pada 29 dan 31 Mei, beliau membuat kejutan kedua dengan membuat lawatan mengejut ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)”

I Suman Raj

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia