Harian Metro

Polis kemas kini kertas siasatan

-

Shah Alam: Kertas siasatan berkaitan kejadian jurugambar sambilan sebuah akhbar tempatan dan peguam yang terbabit dalam insiden pergaduhan di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, kelmarin dikemas kini sebelum polis merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, keterangan kedua-dua pihak diambil selepas mereka tampil membuat laporan semalam.

“Kami mengemas kini kertas siasatan selepas diambil keterangan,” katanya, semalam.

Kelmarin, polis mengesahka­n menerima laporan daripada jurugambar dan peguam yang terbabit dalam insiden itu.

Kedua-dua pihak kemudianny­a tampil membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9 di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia