Harian Metro

‘Abang Isma dah tak mahu sumbangan’

-

Kuala Lumpur:“Abang Isma dah tak mahu sumbangan daripada kawan-kawan. Dia sebaliknya nak meminjam daripada mereka untuk kegunaan membabitka­n urusan mahkamah, penjara dan pelbagai urusan lain yang memerlukan kos tinggi,” kata Nor Haslinda Abdul Manaf yang juga isteri kepada penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah.

Haslinda, 49, yang bertemu Isma Halil di Mahkamah Tinggi di sini semalam berkata, suaminya akan merekodkan pinjaman kawan-kawan dan akan dibayar sedikit demi sedikit selepas keluar nanti.

“Katanya sedar tak sedar kos yang diperlukan agak tinggi. Wang ini juga akan digunakan untuk meringanka­n beban saya dan anak kami.

“Dia amat berharap sekiranya rakan-rakan berhajat nak bantu mungkin dengan jumlah RM500 atau RM1,000 kerana dia hanya mahukan RM10,000 saja.

“Keadaan agak mendesak kerana akaun peribadi abang Isma dibekukan. Malah, akaun saya pun turut sama dibekukan. Rakan-rakan boleh membuat transaksi menerusi akaun Bapakku FM Entertainm­ent, iaitu Maybank 5642216379­34 dan memaklumka­n kepada Teha atau Hazril untuk direkodkan,” katanya.

Linda berkata, selain akaun, barangan peribadi seperti jam dan motosikal turut disita buat masa ini.

“Kami kena bayar peguam untuk tiga kes iaitu Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952, pembekuan akaun dan sitaan barangan. Kes pembekuan akaun akan disebut pada Ogos ini, manakala Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada Oktober.

“Harap-harap Ogos nanti kami dapat semula akaun. Saya nak guna untuk bayar peguam. Namun untuk dapatkan semula akaun juga perlu masuk mahkamah juga dan kena bayar peguam lagi. Kosnya memang bertambah, katanya.

 ?? ?? ISMA Halil
ISMA Halil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia