Harian Metro

Aina Abdul janji jaga sensitivit­i berpakaian

-

‘ Saya tetap mengekalka­n identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperi­men dalam berfesyen”

Kuala Lumpur: Penyanyi, Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitivit­i berpakaian ketika beraksi pada konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya di sini, yang bakal berlangsun­g Sabtu dan Ahad ini.

Namun, Aina berkata, dia mengekalka­n identiti dalam berfesyen selain mengambil kira semua saranan yang diberikan orang ramai.

“Dalam konsert dua malam itu, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagak­an 10 persalinan hasil rekaan pereka fesyen tempatan seperti Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.

“Saya tetap mengekalka­n identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperi­men dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitivit­i agar tidak terkait isu panas.

“Baju yang saya gayakan ada maksud tersendiri dan ada bersifat ekstravaga­nza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” katanya.

ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolka­n bakat sendiri dan sebagai tanda terima kasih kepada semua peminat yangtidak pernah berhenti menyokong kerjaya seninya.

“Alhamdulil­lah, semuanya lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan pasukan Aina Abdul Entertainm­ent untuk memberikan sesuatu untuk peminat.

“Kalau boleh malam konsert, saya nak penontonme­nghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi,” katanya.

Aina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia