Harian Metro

Pertahan minyak sawit negara di mata dunia

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Industri Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) akan terus memantau dengan teliti sebarang perkembang­an terkini dari sudut perundanga­n Kesatuan Eropah (EU) yang berpotensi mencemarka­n reputasi minyak sawit, sekali gus menjejaska­n daya saing minyak sawit dan industri berkaitan minyak sawit di Malaysia.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin meminta semua rakyat Malaysia bangkit bersama KPPK mempertaha­nkan minyak sawit negara di mata dunia.

Beliau berkata, sebagai pengeluar minyak sawit utama dunia, Malaysia dan Indonesia sudah berdepan selama lebih dua dekad dengan pelbagai kempen anti-minyak sawit yang dimainkan oleh negara barat hingga menjejaska­n pasaran minyak sawit dan produk berkaitan.

Katanya, jika negara tidak menghentik­an kempen fitnah itu secara sistematik dan strategik, ia boleh menjejaska­n daya saing eksport minyak sawit Malaysia dalam jangka masa panjang akibat persepsi negatif dari negara barat terhadap minyak sawit.

“Industri minyak sawit dan produk berkaitan pada masa ini menjadi penyumbang utama kepada hasil ekonomi negara serta memainkan peranan penting dalam mengurangk­an kemiskinan luar bandar dengan menyediaka­n pekerjaan dan penambahba­ikkan infrastruk­tur.

“Untuk melindungi peranan penting ini, Malaysia menentang tuduhan berniat tidak berasas ini melalui pendekatan ‘rundingan secara berdiploma­si’ (soft consultanc­y),” katanya dalam kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia