Harian Metro

Pembelian guna peranti naik 2 kali ganda

-

Kuala Lumpur: Kajian pembelian dalam talian oleh agregator e-dagang iPrice Group mendapati pembelian dalam talian melalui peranti mudah alih naik dua kali ganda berbanding komputer di kebanyakan pasaran di Asia Tenggara.

Ini amat berbeza dengan lima tahun lalu yang mana pengguna lebih cenderung membuat pembelian dalam talian menggunaka­n komputer mereka.

“Secara purata, lima peratus pengunjung ke laman iPrice dibuat melalui peranti mudah alih dan diimuktama­dkan dengan transaksi berbanding hanya tiga peratus pengunjung yang menggunaka­n komputer,” katanya dalam kenyataan.

iPrice berkata Indonesia mendahului senarai penggunaan mudah alih bagi tujuan membeli-belah dengan 94 peratus pembeli menggunaka­n telefon bimbit untuk mencari produk dari 2021 hingga 2022, menokok 16 peratus berbanding 2016 dan 2017.

Pengguna peranti mudah alih mungkin membeli hampir dua kali lebih banyak barangan daripada mereka yang melayari laman membeli belah melalui komputer meja.

“Ini mewakili trend yang terbalik daripada data 2016/2017 apabila pembelian berasaskan komputer meja dibuat hampir tiga kali lebih daripada melalui peranti mudah alih,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia