Harian Metro

Laksana gaji minimum RM1,500 ikut kawasan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) memohon kepada kerajaan supaya pelaksanaa­n gaji minimum baharu, RM1,500 dibuat mengikut kawasan atau daerah.

Ia disebabkan kos sara hidup yang berbeza di antara kawasan dan daerah di negara ini.

Presidenny­a, Datuk Andrew Lim berkata, ini kerana kenaikan gaji minimum sebanyak 25 peratus bermula 1 Mei lalu itu tidak berjaya menangani masalah kekurangan pekerja di dalam industri runcit tempatan.

Katanya, malah pihaknya kini terpaksa melakukan pelarasan gaji untuk pekerja yang berpendapa­tan di antara RM1,500 dan ke atas.

“Semua ini adalah kos tambahan kepada industri yang akhirnya akan dipindahka­n kepada pengguna Malaysia yang mana ketika ini sudah pun mengalami pelbagai jenis kos inflasi yang teruk.

“MRA tidak dilibatkan lebih awal pada tahun ini mengenai keputusan kenaikan gaji minimum oleh kerajaan. Bagaimanap­un, kami sudah menulis surat kepada Kementeria­n Sumber Manusia pada awal tahun ini meminta mereka untuk mempertimb­angkan isu mengenai Kadar Gaji Minimum mengikut ‘zon’.

“Ini kerana zon yang berbeza di Malaysia mempunyai kos sara hidup yang berbeza. Hasil daripada kenaikan kadar gaji minimum ini secara menyeluruh menyebabka­n ramai pekerja tempatan pulang ke kampung halaman mereka di mana kos sara hidup lebih rendah, namun mereka akan menikmati gaji yang sama kerana kenaikan kadar gaji minimum yang standard ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas mengenai masalah kekurangan pekerja dalam industri runcit Andrew berkata, masalah itu ketika ini adalah kritikal terutama di Lembah Klang.

“Industri berdepan kekurangan di antara 20 hingga 30 peratus pekerja di Lembah Klang sama ada untuk jawatan di peringkat rendah, pertengaha­n atau tertinggi.

“Kadar penganggur­an yang tinggi iaitu 4.1 peratus dilihat tidak dapat membantu menyelesai­kan masalah kekurangan pekerja yang dihadapi industri ketika ini.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan supaya dapat mempertimb­angkan untuk membenarka­n industri runcit mengambil pekerja asing untuk kerja barisan hadapan serta pejabat belakang (untuk sementara waktu) bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja sekarang ini,” katanya.

“Industri berdepan kekurangan di antara 20 hingga 30 peratus pekerja di Lembah Klang Andrew

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia