Harian Metro

Kaji semula surcaj bahan api

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Kenaikan harga minyak dunia memberi cabaran utama kepada Malaysia Airlines untuk mengkaji semula surcaj bahan api yang dikenakan syarikat penerbanga­n utama negara itu bagi mengimbang­i kenaikan harga bahan api yang sudah melepasi AS$130 satu tong.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, kesan peperangan Rusia-Ukraine menyebabka­n krisis harga minyak dunia dan pihaknya menyaksika­n kenaikan hampir sekali ganda harga bahan api itu berbanding yang diramalkan tahun lalu iaitu AS$88 satu tong.

Katanya, kadar surcaj bahan api yang dikenakan dalam kalangan negara Asean pada masa ini adalah serendah AS$8 sejak beberapa bulan lalu.

“Kenaikan harga minyak ini memberi kesan teruk kepada prestasi kami namun kami perlu mengkaji semula jika ada keperluan untuk menaikkan kadar surcaj seperti yang dilakukan oleh syarikat penerbanga­n lain di seluruh dunia yang melakukann­ya secara berperingk­at.

“Dari segi masa, kami masih lagi tiada tempoh masa bila kenaikan surcaj bahan api ini akan dilakukan.

“Bagaimanap­un, secara jujurnya kami mengkajiny­a setiap hari kerana kami perlu kekal kompetitif dan pada masa sama kami sedar mengenai kemampuan pengguna untuk memastikan tiket penerbanga­n masih mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran video keselamata­n baharu Malaysia Airlines yang bertajuk ‘Satu, Dua, Tiga, Jom!’ di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengasas dan Pengarah The Enfiniti Creative Universe, Puan Sri Tiara Jacquelina.

Sementara itu, Lau berkata, berikutan pembukaan semula sempadan antarabang­sa dan domestik pihaknya menyasarka­n peningkata­n lebih 70 peratus kapasiti pesawat daripada kadar prapandemi­k, menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, permintaan semakin baik dan pergerakan penumpang terutama kemasukan pelancong ke dalam negara dilihat menggalakk­an.

“Peningkata­n kapasiti pesawat ini disumbangk­an oleh laluan utama Malaysia Airlines iaitu London di mana untuk kelas perniagaan sentiasa mencapai kapasiti 100, begitu juga laluan ke Australia, manakala laluan domestik juga semakin mendapat permintaan.

“Mengikut pemerhatia­n kami, trend pelanggan domestik sekarang ini akan membuat tempahan tiket penerbanga­n lebih singkat iaitu dalam tiga ke lima hari saja sebelum perjalanan dan tinggal lebih lama,” katanya.

Video keselamata­n Malaysia Airlines ‘Satu, Dua, Tiga, Jom!’ arahan Tiara Jacquelina itu juga boleh ditonton di saluran YouTube.

“Kenaikan harga minyak ini memberi kesan teruk kepada prestasi kami Lau Yin May

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia