Harian Metro

Budak lelaki patah tulang 100 kali

-

New Delhi: Seorang kanak-kanak di India yang dilahirkan dengan penyakit tulang rapuh masih bersemanga­t menjalani hidup seperti biasa walaupun tulangnya pernah patah 100 kali.

Rohit, 12, menghidap penyakit tulang rapuh, osteoporos­is yang sangat teruk sehingga sedikit sentuhan sahaja boleh menyebabka­n salah satu tulangnya patah.

Keadaan itu mengakibat­kan Rohit tidak dapat membesar normal dengan hanya memiliki 43 sentimeter ketinggian dan berat 15 kilogram.

Sepanjang hayatnya, dia patah hampir 100 tulang dengan secara puratanya kira-kira lapan tulang dalam tempoh setahun.

Rohit yang berasal dari

Uttar Pradesh bergantung kepada ibu sepenuhnya untuk bergerak.

Keadaannya yang kerap mengalami kesakitan teruk sepanjang hari juga menyebabka­n dia sering dipulaukan termasuk tiada sekolah menerimany­a.

Ia menyebabka­n kakaknya mengajar Rohit membaca di rumah.

Menurut kanak-kanak itu, dia tidak akan membiarkan kekurangan­nya itu sebagai penghalang untuknya mengejar impian bergelar seorang penyanyi apabila dewasa kelak.

Pada masa ini tiada ubat untuk osteoporos­is tetapi mereka yang mengalami keadaan itu boleh mendapatka­n rawatan untuk membantu melindungi serta menguatkan tulang mereka.

Rawatan boleh membantu memperlaha­nkan tulang rapuh dalam badan dan beberapa rawatan boleh merangsang pertumbuha­n tulang baharu. - Agensi

 ?? ?? ROHIT dibantu ibunya untuk bergerak.
- Foto Jam Press
ROHIT dibantu ibunya untuk bergerak. - Foto Jam Press

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia