Harian Metro

ADRIANA KIAN MEKAR

Enggan terburu-buru menempa nama sebaliknya mahu kualiti lakonan jadi sandaran

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kesungguha­n pelakon Adriana Adnan, 27, mencipta nama dalam layar perak kini semakin terserlah. Satu demi satu tangga dinaiki bagi membina profil yang cukup kukuh serta mengaut pelbagai tawaran.

Usaha Adriana tampak membuahkan hasil selepas menjadi bintang utama siri Seribu Nina yang ditayangka­n di platform penstriman Viu.

Jelas, peluang itu membuka mata lebih ramai terhadap lakonannya.

Ia sekali gus memberi kelegaan terhadapny­a apatah lagi misi berjaya dalam lakonan masih jauh.

Baginya, dia enggan terburu-buru menempa nama sebaliknya biarkan kualiti lakonannya jadi sandaran.

“Selama ini saya kerap diberikan tawaran watak pembantu. Memang bersyukur sangat kerana tawaran sebegitu yang membuka jalan untuk bakat saya menarik perhatian ramai.

“Jadi, apabila jadi watak utama dalam Seribu Nina, ia rezeki keemasan yang begitu bermakna. Semestinya ia memberi keyakinan baharu dalam diri bahawa saya boleh lakukan lebih baik,” katanya.

Adriana berpegang kepada prinsip setiap peluang yang datang perlu lebih baik daripada sebelumnya. Dengan cara itu, pola kenaikan kariernya lebih nampak dan jadi penanda aras.

Disebabkan itu, dia berharap tawaran watak utama akan terus datang padanya. Bukan membuat permintaan tinggi, tapi baginya sekarang dia mencari ruang untuk jadi lebih memilih demi cabaran watak.

“Saya sentiasa ingin buktikan bahawa saya mampu membawa banyak jenis watak sekali pun sangat mencabar. Itu yang saya cari sebagai pelakon berkaliber dan sentiasa pergi jauh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia