Harian Metro

PELUANG KEDUA EMEER

Kembali mewarnai industri muzik tanah air tampil dengan single pertama Fantasia Menerusi muzik video Fantasia, saya adalah anak Malaysia pertama yang masuk ke ‘Black Hole’ dan kalau hendak tahu lebih lanjut kena tonton!

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Namanya mungkin samar-samar diingati dalam kalangan penggemar muzik tanah air. Namun, bagi pendatang baharu, anak kelahiran Kuantan, Pahang, Emeer Bakri perjalanan seninya sudah berusia hampir dua dekad lamanya.

Bagi Emeer Bakri, 27, atau nama sebenarnya Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri, lambat dikenali bukan persoalan besar buat dirinya kerana menganggap semua itu rezeki.

“Saya mula menyanyi dari usia 10 tahun dengan menyertai pelbagai pertanding­an karaoke di sekitar Pahang dan pada 2007 ketika berusia 12 tahun, saya menjadi finalis program realiti di TV3 iaitu Mystarz LG musim pertama dan satu-satunya peserta termuda.

“Nasib akhirnya menyebelah­i saya pada 2009 apabila dinobatkan sebagai juara pertanding­an nyanyian di TV9 iaitu Oo La La di usia 14 tahun,” katanya.

Terbaharu, Emeer tampil dengan single pertamanya berjudul Fantasia di bawah naungan Armani Entertainm­ent Group (AEG), sekali gus kembali mewarnai industri muzik tanah air selepas lama menyepi.

“Alhamdulil­lah dan terima kasih di atas peluang yang diberikan pihak pengurusan AEG, terutama Datuk KK Chua dan Puan Zeileen Yusnita kerana mempercaya­i bakat saya sehingga ditawarkan kontrak rakaman bersama mereka.

“Tahun lalu saya menjadi naib juara pertanding­an pencarian bakat The Audition anjuran AEG dan dari situ bakat saya ditemui semula,” katanya.

Selain menjadi penyanyi profesiona­l, Emeer juga adalah

Penerbit Muzik di AEG dan bertanggun­gjawab menghasilk­an pelbagai kandungan berkaitan muzik.

“Saya nekad untuk berhijrah ke Kuala

Lumpur demi mengejar cita-cita dalam bidang muzik dan dengan terlahirny­a single

Fantasia, ia seakanakan memberi peluang kedua buat saya untuk menunjukka­n kembali bakat yang saya ada

EMEER

kepada semua rakyat Malaysia.

“Melalui lagu ciptaan komposer terkenal Omar K, Firdaus Rahmat dan John Jeeves ini mampu menonjolka­n kemampuan vokal saya dalam menyampaik­an sesebuah karya muzik.

“Proses rakaman hanya dua jam di Studio World Peace Entertainm­ent, Kota Damansara dalam suasana yang ‘fun’ dan relaks kerana banyak ilmu yang saya timba ketika berada dalam studio bersama mereka yang profesiona­l dan saya hormati. Lagu berdurasi tiga minit 55 saat ini jika didengar pada bait-bait awalnya sudah pun berjaya membawa pendengar seakan-seakan terawang ke dunia lain dan korusnya yang santai ala easy-jazz mudah ‘ditangkap’, ditambah pula dengan pukulan vokal saya yang lunak dewasa, jauh berbeza dari suara cilik yang biasa didengar dahulu,” katanya.

Menurut Emeer, dia ingin dikenali sebagai artis yang bukan saja berkeboleh­an dalam nyanyian, bahkan mampu menghasilk­an karya sendiri dan mempunyai perwatakan atau sikap yang baik.

“Bagi saya, keistimewa­an seseorang penyanyi itu terletak pada cara nyanyianny­a yang menjadi ‘signature’ artis itu, apabila didengar sudah diketahui siapa yang menyanyika­nnya dan saya juga tidak menolak untuk bereksperi­mentasi dengan genre lain pada masa akan datang,” katanya.

Serentak dengan pelancaran single itu adalah tayangan muzik video rasmi dengan mengangkat tema ‘science fiction’ dan jalan ceritanya yang agak berlainan pasti membuat ramai penonton tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.

“Menerusi muzik video Fantasia, saya adalah anak Malaysia pertama yang masuk ke ‘Black Hole’ dan kalau hendak tahu lebih lanjut kena tonton!” katanya.

Selain itu, single Fantasia juga dipilih menjadi lagu tema bagi drama Setelah Terlafazny­a Akad 2 yang ditayangka­n di Slot Mega Drama saluran Astro Ria bermula 1 Jun lalu.

Lagu Fantasia boleh didengar melalui aplikasi penstriman muzik popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple

Music dan YouTube Music.

Muzik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran rasmi YouTube Armani Entertainm­ent.

 ?? ?? EMEER harap tuah lagu Fantasia.
EMEER harap tuah lagu Fantasia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia