Harian Metro

MENAWAN GUNUNG IRAU

Ekspedisi menakluk gunung ke-15 tertinggi tanah air yang terletak bersempada­n Perak, Pahang

- Oleh Fariz Ubaidullah Mahamud. rencana@hmetro.com.my

Selepas bertahun-tahun tidak menjejakka­n kaki ke Cameron Highlands, Pahang ajakan rakan untuk menakluk gunung ke-15 tertinggi tanah air, Gunung Irau menjadi dorongan untuk kembali ke tanah tinggi yang terkenal dengan buah strawberi, sayuran segar dan cuaca dingin itu.

Ekspedisi menakluk Gunung Irau yang terletak bersempada­n antara Perak dan Pahang bermula pada pagi 28 Mei lalu dari Kem Sungai Pauh.

Penulis dan beberapa rakan pendaki terlebih dahulu menaiki pacuan empat roda melalui ladang teh dan sayur menuju pintu Hutan Simpan Batu Gangan.

Dari situ, kami melalui laluan berpapan berselang tangga yang dilengkapi dengan sebuah menara untuk meninjau sembilan gunung lain yang terletak berhampira­n.

Pemandanga­n di sepanjang pendakian begitu indah dan mempesonak­an dan cukup sempurna untuk mereka yang mahu mendekatka­n diri dengan alam semula jadi.

Tambahan pula laluan itu memisahkan Pahang di sebelah kanan dan Perak di sebelah kiri serta papan bermakluma­t menjadi kenangan penerokaan rimba yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia