Harian Metro

BAGAI SET FILEM TRILOGI

‘Checkpoint Lord of The Ring’ lokasi popular dalam kalangan pendaki Gunung Irau

-

DARI MUKA 33

Pendakian ke Gunung Irau pada ketinggian 2,110 meter (m) dengan 10 titik pemeriksaa­n (checkpoint) sememangny­a menggoda setiap pendaki dengan keindahan hutan berlumut hijau dan tumbuhan seperti buluh perindu, pokok ceri kecil berwarna merah, periuk kera, orkid cobra lily, senduduk dan pokok kacip fatimah.

Selain itu, laluan pendakian juga kaya pelbagai spesies flora dan fauna lain yang jarang ditemui.

Justeru, pendaki perlu lebih peka dan kebiasaann­ya jurupandu juga akan memaklumka­n kehadiran unggas atau fauna menarik yang berada di sekitar.

Untuk makluman, Gunung Irau sebelum ini ditutup kepada semua aktiviti pendakian mulai awal 2018 hingga tahun lalu kerana masalah tanah runtuh.

Kini ia dibuka semula, namun pihak berkuasa memasang tidak kurang daripada 18 tangga bomba di pelbagai tempat yang curam, pemantul berwarna kuning ke puncak Irau dan berwarna perak (laluan kembali) serta pelbagai kemudahan lain untuk mengurangk­an risiko sesat atau kecederaan kepada pendaki.

Sebelum sampai ke puncak Gunung Irau, kami berhenti seketika merakam gambar kenangan di titik pemeriksaa­n menarik yang dipenuhi lumut.

Lokasi itu popular rakan pendaki dan jurupandu arah kemudian bergerak turun.

Dalam pada itu, selepas dibuka semula, menara tinjau di Gunung Irau kini turut dipasang konduktor kilat untuk mengelakka­n panahan petir kepada pendaki.

Lebih menarik, Jabatan Perhutanan Negeri

Pahang juga memasang tiang serba guna dengan penujuk arah kiblat, barometer, higrometer dan termometer di puncak Irau dan di Mini Irau.

Semua pendaki juga perlu mematuhi peringatan masa (time off) iaitu 2 petang untuk turun semula ke pintu masuk.

Papan peringatan itu turut dipasang di puncak gunung berkenaan bagi memastikan pendaki tidak leka dan terlalu lama berada di puncaknya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat pula memasang maklumat koordinat di setiap titik pemeriksaa­n untuk memudahkan kerja mencari dan menyelamat jika diperlukan.

Apa pun, perjalanan hampir tujuh jam masuk dan keluar hutan bersempada­n antara Pahang dan Perak itu banyak memberi kenangan tersendiri kepada penulis.

Penulis banyak mempelajar­i mengenai kepentinga­n ekologi kepada alam sekitar serta memperbaik­i hubungan dengan Pencipta.

Selain itu, kepekaan kepada penjagaan alam sekitar dan semangat setia kawan, elemen persediaan ketika berdepan situasi kecemasan ketika berada dalam hutan juga tidak boleh dipandang ringan.

 ?? ?? KEINDAHAN tersendiri di Gunung Irau, Perak, penulis di ‘checkpoint The Lord of The Ring’.
KEINDAHAN tersendiri di Gunung Irau, Perak, penulis di ‘checkpoint The Lord of The Ring’.
 ?? ?? PENULIS (kanan) bersama jurupandu.
PENULIS (kanan) bersama jurupandu.
 ?? FOTO | FARIZ UBAIDULLAH MAHAMUD ?? DARI jauh kelihatan puncak Mini Irau.
FOTO | FARIZ UBAIDULLAH MAHAMUD DARI jauh kelihatan puncak Mini Irau.
 ?? ?? ANTARA hidupan yang ditemui di sepanjang pendakian.
ANTARA hidupan yang ditemui di sepanjang pendakian.
 ?? ?? KAYU unik berbentuk seperti kepala kambing.
KAYU unik berbentuk seperti kepala kambing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia