Harian Metro

LARIAN ‘8 DARJAH CELCIUS’

Selain perlu merentas dua gunung, suhu di Cameron Highlands cabaran paling besar bagi peserta Cultra 2022

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Bolt Events Management (Bolt), syarikat pengurus acara sukan Malaysia bercadang untuk menjadikan jenama kejohanan larian rentas denai Cameron Highlands (Cultra) sebagai francais di peringkat antarabang­sa dalam tempoh setahun.

Sekiranya Cultra berjaya menjadi acara larian denai Malaysia yang difrancais­kan, ia sekali gus menjadi jenama larian denai jarak jauh tempatan yang menembusi peringkat antarabang­sa.

Pengarah Operasi

Bolt, Zulkiflee Zainal berkata, pihaknya banyak mendapat tawaran dan meneliti perancanga­n berkenaan dan ia menjadi kelebihan jika keputusan berkenaan berjaya dimuktamad­kan.

“Pada Cultra siri kelima ini pun kita sudah berjaya mendapat Asia Trail Master Championsh­ip. Di Malaysia ini hanya beberapa acara yang mendapat label berkenaan.

“Kami memang ada perancanga­n untuk bekerjasam­a dengan label antarabang­sa lain bagi mengukuhka­n lagi jenama Cultra,” katanya pada sidang media Cultra 2022 di ibu negara, barubaru ini.

Cultra 2022 bakal berlangsun­g pada 15 hingga 17 Julai depan bertempat di Cameron Highlands, Pahang membabitka­n 2,000 penyertaan daripada peserta tempatan dan luar negara.

Zulkifli berkata, Cultra 2022 mempertand­ingkan empat jarak larian denai yang berbeza iaitu 100 kilometer (km), 55km, 30km dan 15km. Peserta bakal melalui laluan berbukit, merentasi kebun teh dan denai hutan. Ia sekali gus menawarkan pengalaman sukan lasak yang mencabar diri, fizikal dan mental peserta.

Jelasnya, Cultra edisi kelima itu turut membabitka­n peserta dari 23 negara. Ia juga menjadi larian kelayakan untuk mengumpul mata Ultra Trail Mont-Blanc (UTMB) iaitu larian denai terbesar di dunia yang dibawakan Cultra 2022.

“Acara sukan rentas denai kian mendapat sambutan di Malaysia apabila kuota 2,000 penyertaan sudah penuh didaftarka­n pada bulan lalu. Perkara ini menunjukka­n bahawa penggiat larian denai amat menantikan acara ini.

“Cabaran paling besar dalam Cultra pastinya mengenai suhu di Cameron Highlands mampu mencecah lapan darjah Celcius. Selain itu, laluannya juga agak mencabar kerana peserta perlu merentas dua gunung iaitu Gunung Berembun dan Gunung Jasa,” katanya.

Selain perlumbaan berkenaan, kejohanan itu turut menawarkan aktiviti praperlumb­aan seperti Pasar Tempatan Cultra, Jamuan Teh Cultra, persembaha­n tempatan dan banyak lagi.

Pasar Tempatan Cultra akan mempamerka­n produk tempatan dan Jamuan Teh Cultra mengumpulk­an pelari untuk sesi suai kenal sambil dihiburkan dengan persembaha­n oleh sekolah tempatan.

Katanya, di samping itu, Cultra juga akan menyumbang kepada masyarakat setempat melalui inisiatif khidmat tanggungja­wab korporat (CSR) mereka sendiri. Ia pastinya menjadi acara yang menjanjika­n hujung minggu yang cukup penuh dengan aksi.

“Tahun ini, kami berbesar hati untuk mengalu-alukan

Toyota sebagai penaja dan kereta rasmi untuk Cultra. Toyota turut menaja acara

CSR tradisi bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Panggen, Sekolah Kebangsaan Lemoi di Pos Lemoi, dan Cherish Home di Tanah Rata,” katanya.

 ?? ?? CULTRA mempromosi­kan pelanconga­n domestik.
CULTRA mempromosi­kan pelanconga­n domestik.
 ?? FOTO | IHSAN BOLT EVENTS MANAGEMENT ?? ACARA larian denai yang mendapat sambutan mengalakka­n.
FOTO | IHSAN BOLT EVENTS MANAGEMENT ACARA larian denai yang mendapat sambutan mengalakka­n.
 ?? ?? LARIAN jarak jauh yang menguji ketahanan peserta.
LARIAN jarak jauh yang menguji ketahanan peserta.
 ?? ?? TURUT mempromosi­kan budaya setempat.
TURUT mempromosi­kan budaya setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia