Harian Metro

Lukaku terluka pulang ke Inter

Inter dilaporkan sedia membayar RM36.94 juta

-

London

PAFP

enyerang Chelsea, Romelu Lukaku akan menyertai semula Inter Milan menerusi pinjaman selama setahun selepas mengharung­i musim mengecewak­an bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, menurut laporan semalam.

Inter dilaporkan sedia membayar yuran pinjaman AS$8.4 juta (RM36.94 juta) untuk menandatan­gani Lukaku, yang dilaporkan sedia dipotong gaji bagi meninggalk­an Stamford Bridge.

Penyerang Belgium itu menyertai Chelsea dengan rekod perpindaha­n kelab iaitu £97.5 juta (RM525.87 juta) sebelum permulaan musim lalu dan mendakwa perpindaha­n itu penuh emosi apabila kembali semula ke kelab pernah diwakiliny­a dari 2011 hingga 2014.

Tetapi, selepas Lukaku menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak Chelsea dengan 15 gol, bekas penyerang Manchester United dan Everton itu hanya bermain lapan kali dalam kempen EPL.

Dia hanya menjaringk­an tiga gol dalam 15 penampilan terakhir dan gagal memberi balasan setimpal dengan yuran perpindaha­nnya.

Dalam satu temu bual kontrovers­i bersama televisyen Itali pada Disember lalu, Lukaku mengakui kurang gembira dengan cara dia dimainkan oleh pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dan memberi bayangan sedang berfikir untuk berpindah.

Lukaku, yang memenangi gelaran Serie A bersama Inter pada 2021, digugurkan oleh Tuchel susulan kenyataan itu dan terpaksa meminta maaf kepada penyokong dan kelab pada Januari.

Skuad bimbingan Tuchel menamatkan kempen di tempat ketiga EPL dan memenangi Piala Kelab Dunia, tetapi mereka tewas dua kali kepada Liverpool di final Piala FA dan final Piala Liga.

Lukaku dikatakan mendesak untuk kembali semula ke Inter dan pemilik bersama baharu Chelsea, Todd Boehly memberi lampu hijau untuk perpindaha­n itu dan selepas ia diselesaik­an, Blues boleh mencari pengganti untuk mengukuhka­n pasukan.

 ?? ??
 ?? ?? LUKAKU tidak menyerlah bersama Chelsea musim lalu.
LUKAKU tidak menyerlah bersama Chelsea musim lalu.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia