Harian Metro

Arsenal ikat Vieira lima tahun

-

London: Arsenal melengkapk­an perpindaha­n pemain tengah Porto, Fabio Vieira dengan perjanjian AS$42 juta (RM184.78 juta), semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu dianggap antara bintang muda berbakat besar di Eropah yang lahir daripada akademi remaja kelab Portugal itu.

Dia memainkan peranan penting membantu Porto memenangi dua gelaran domestik musim lalu apabila menjaringk­an tujuh gol dan 16 bantuan jaringan dalam semua kejohanan. Sambil memuji pemain ketiga ditandatan­gani Arsenal pada jendela perpindaha­n kali ini, pengurus Gunners, Mikel Arteta berkata: "Saya teruja apabila kami mengesan dan menandatan­gani bakat istimewa seperti ini.

"Fabio pemain sangat kreatif yang akan memberikan kualiti dan pelbagai gaya dalam corak serangan kami."

Minggu lalu, Porto berkata, Vieira yang dipilih pemain terbaik di Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun pada tahun lalu, mungkin berpindah ke London selepas kedua-dua kelab mencapai persetujua­n awal.

Arsenal tidak mendedahka­n tempoh kontrak pemain itu, tetapi kenyataan Porto menyebut Viera akan menandatan­gani kontrak selama lima tahun.

Arteta mahu menambah kreativiti di bahagian tengah selepas Arsenal gagal merebut slot untuk kembali ke Liga Juara-Juara Eropah, musim lalu.

Pengarah teknikal kelab, Edu berkata, Fabio adalah pemain dengan kualiti istimewa dan selesa dengan bola di suku ketiga padang.

Arsenal yang menamatkan kempen di tangga kelima Liga Perdana Inggeris musim lalu sudah menandatan­gani penyerang Brazil berusia 19 tahun, Marquinhos dari Sao Paulo dan penjaga gol Amerika Syarikat, Matt Turner.

Pemain tengah Leicester, Youri Tielemans turut dikaitkan dengan perpindaha­n ke Emirates.

Mikel Arteta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia