Harian Metro

Bukan pelengkap jadual

-

Kuala Lumpur: Kehadiran Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Kumpulan H Piala AFC bukanlah sebagai pelengkap jadual sematamata kerana tetap akan memberi ancaman kepada pasukan lain dalam usaha untuk layak ke pusingan seterusnya.

Menyedari bakal diberi tentangan sengit oleh dua pasukan dari negara jiran iaitu PSM Makasssr dan Tampines Rovers, skuad The City Boys yakin beraksi di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada pasukan mencipta keputusan positif kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard berkata, skuad kendalian Bojan Hodak sudah pastinya akan turun dengan persediaan rapi dalam usaha meraih tiga mata pada pertemuan pertama menentang PSM Makassar, esok.

Katanya, sasaran yang diletakkan untuk melangkah ke pusingan seterusnya dilihat mampu membakar semangat pemain untuk mencipta kemenangan pada dua perlawanan terbabit yang akan berlangsun­g di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

“Tiada istilah pasukan pilihan atau ada kelebihan untuk menang cuma jika pasukan berjaya beraksi dengan baik dan mengurangk­an kesilapan sekali gus berpeluang untuk menang.

“Malah, kempen itu juga menyaksika­n setiap pasukan mengharung­i dua perlawanan dan sudah tentu persaingan akan menjadi lebih sengit,” katanya.

Sementara itu, berkaitan tonggak import baharu Jordan Mintah yang dipancing dari Terengganu ll menyaksika­n kelibat pemain itu tidak dapat digunakan pada kempen Kumpulan G Piala AFC.

“Mungkin jika KL City berjaya melepasi peringkat kumpulan, penyokong skuad The City Boys dapat menyaksika­n Mintah beraksi untuk pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia