Harian Metro

Mintah ke KL City

Pemain itu meledak 16 gol musim lalu di Liga Perdana

-

Kuala Terengganu

Bukan lagi spekulasi, tapi sah penyerang sensasi Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah disambar juara Piala Malaysia musim lalu, Kuala Lumpur City FC (KL City

FC) bagi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Berita penghijrah­an pemenang Kasut Emas Liga Perdana musim lalu itu sudah pasti menyedihka­n peminat setia skuad The Turtles itu yang mengharapk­an pemain itu kekal bersama skuad 'adik'.

Ketiadaan pemain berusia 27 tahun itu juga pastinya dirasai anak buah Badrul Afzan Razali dalam menghadapi pusingan kedua Liga Perdana serta kempen Piala Cabaran tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, kelab memutuskan Mintah dilepaskan kepada pasukan The City Boys secara pinjaman sehingga tamat musim ini.

Katanya, proses rundingan antara pihaknya dan KL City FC berjalan lancar setelah satu persetujua­n dicapai semalam bagi membenarka­n perpindaha­n pemain itu.

"Bagaimanap­un antara syarat yang dipersetuj­ui adalah KL City FC tidak boleh menurunkan pemain itu untuk aksi bertemu TFC atau TFC II sepanjang tempoh pinjaman sehingga 30 November ini.

"Mintah seterusnya akan kembali ke pangkuan TFC bagi memenuhi perjanjian kontraknya yang akan tamat pada hujung 2023," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Berdasarka­n rekod, Mintah yang meledak 16 gol musim lalu dalam pentas Liga Perdana ketika bersama TFC II memulakan kempen musim ini dengan perlahan sebelum menemui sentuhan jaringan dengan koleksi tujuh gol dalam sembilan perlawanan dan membantu TFC II menduduki tangga ketiga liga setakat ini.

Terdahulu tersebar perbualan melalui aplikasi WhatsApp penyerang itu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, tapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila dia memilih untuk bersama Bojan Hodak.

 ?? ?? MINTAH (kiri) cuba mencetak gol ketika bertemu Perak FC.
MINTAH (kiri) cuba mencetak gol ketika bertemu Perak FC.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia