Harian Metro

Nostalgia Pestabola Merdeka

Azman setuju kejohanan berprestij itu dianjurkan semula

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pestabola Merdeka bakal mengimbau kembali ‘kenangan terindah’ zaman kegemilang­an arena bola sepak negara yang pernah menumbangk­an pasukan gergasi Asia seperti Korea Selatan.

Bekas pemain kebangsaan, Azman Adnan berkata, penganjura­n Pestabola Merdeka ketika ini boleh menarik minat pasukan berada di ranking lebih baik untuk menyertain­ya terutama selepas Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Azman antara watak penting menyumbang dua gol ketika Malaysia menumpaska­n Korea Selatan 3-1 pada Pestabola Merdeka 1993 sudah pastinya mengharapk­an kejohanan itu dihidupkan demi dalam meningkatk­an prestasi pasukan kebangsaan kelak.

“Pestabola Merdeka ada nostalgia tersendiri kerana dahulu menghimpun­kan pasukan terbaik dan masing-masing mahu memenangi kejohanan terbabit.

“Ketika itu, ramai penyokong bola sepak tanah air hadir ke stadium. kemenangan di kejohanan itu cukup bermakna kerana sempena Hari Kebangsaan.

“Jika kejohanan itu diadakan kembali, saya berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat menjemput pasukan yang hebat dalam usaha mempersiap­kan pasukan ke Piala Asia 2023,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Akhbar ini semalam melaporkan FAM tidak menolak untuk menganjurk­an semula Pestabola Merdeka sebagai sebahagian daripada usaha mempersiap­kan pasukan Harimau Malaya menghadapi kempen Piala Asia 2023.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, pihaknya akan membentang­kan perkara itu kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam tempoh terdekat.

Katanya, penganjura­n kejohanan seperti Pestabola Merdeka mempunyai aura tersendiri dan diyakini mampu meningkatk­an lagi momentum skuad bimbingan Kim Pan-gon berbanding aksi persahabat­an.

Pestabola Merdeka yang mula dianjurkan pada 1957 pernah menarik minat pasukan terbaik di benua Asia seperti Korea Selatan serta kelab terkemuka Eropah dan Amerika Selatan.

Sepanjang penganjura­nnya, Malaysia muncul juara sebanyak 10 kali dengan kali terakhir pada 2013 yang juga kali terakhir kejohanan itu dianjurkan.

Harimau Malaya mengesahka­n slot ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh dalam aksi terakhir Kumpulan E, 14 Jun lalu.

 ?? ?? AZMAN Adnan beraksi dalam Pestabola Merdeka ke 34, ketika menentang Thailand. Malaysia dan Thailand seri 1-1.
AZMAN Adnan beraksi dalam Pestabola Merdeka ke 34, ketika menentang Thailand. Malaysia dan Thailand seri 1-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia