Harian Metro

Abdul Malik gian beraksi

-

Kuantan: Penyerang berpengala­man Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff tidak sabar beraksi apabila skuad itu berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC), Sabtu ini.

Pemain kelahiran Kuantan itu yang tidak beraksi ketika skuad Tok Gajah tewas 1-2 di tangan Sabah FC Sabtu lalu, mahu memastikan skuad itu kembali meraih mata.

“Saya tidak dapat bermain pada pertemuan dengan Sabah kerana mengalami kecederaan pada paha kanan.

Kecederaan itu dialami pada aksi persahabat­an berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC ketika saingan Liga Super berehat.

“Setakat ini, kecederaan yang dialami semakin pulih dan dijangka boleh bermain berdepan NSFC Sabtu ini,” katanya.

Ditanya perlawanan Sabtu ini, Abdul Malik berkata, skuad itu tidak boleh terlepas mata bagi mengelak berada di kedudukan lebih bahaya.

Justeru, katanya, komitmen dan persefaham­an mantap akan menjadi tumpuannya bersama rakan sepasukan untuk kembali meletakkan Sri pahang pada kedudukan terbaik.

“Saya percaya Sri Pahang akan bangkit untuk memperbaik­i kedudukan dalam saingan liga,” katanya.

Selepas sembilan perlawanan, skuad kendalian Christophe Gamel berada di kedudukan ke-10 dengan mengutip lapan mata.

 ?? ?? ABDUL Malik.
ABDUL Malik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia