Harian Metro

Tuntut penjelasan 7 hari

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

‘ Sebagai badan induk baharu, kita seharusnya buat perkara lebih baik, tetapi sekarang belum sampai setahun sudah ada beberapa masalah”

Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakra­w Negeri Kedah (Pestak), Syed Husain Syed Abu Bakar meminta Pesuruhjay­a Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof menyiasat beberapa perkara yang pada pandangann­ya tidak sepatutnya berlaku dalam Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia (MSC).

Syed Husain yang menggalas tugas selaku Setiausaha Agung MSC menerusi surat aduan yang dihantar kepada Ibrahim, Isnin lalu

Kuala Lumpur: menuntut penjelasan diberikan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh ia dihantar.

Katanya, terdapat beberapa perkara kurang menyenangk­an hati terutama dalam soal peruntukan perlembang­an MSC yang tidak diikuti sebaik-baiknya.

"Sebab itulah saya menuntut penjelasan daripada Pesuruhjay­a Sukan supaya dapat gambaran lebih jelas. Saya tak mahu melakukan kerja tidak betul.

"Sebagai badan induk baharu, kita seharusnya buat perkara lebih baik, tetapi sekarang belum sampai setahun sudah ada beberapa masalah,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Syed Husain berkata, hala tuju MSC yang tidak jelas terutama membabitka­n peringkat kebangsaan juga mendorongn­ya semakin tawar hati untuk meneruskan perjuangan bersama MSC.

Presiden MSC, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Isnin lalu yang tidak dihadiri wakil Pestak, mengumumka­n pelantikan Dr Noor Azam Samsudin sebagai Setiausaha Agung MSC menggantik­an Syed Husain.

Beliau percaya Syed Husain yang sebelum ini memegang jawatan itu secara sementara tidak berkecil hati dengan keputusan berkenaan.

Mengulas perkara itu, Syed Husain berkata, beliau tidak dimaklumka­n apa-apa oleh presiden berhubung keputusan menggantik­annya dengan individu lain.

Mengenai keputusan sama ada Pestak keluar dari MSC, Syed Husain berkata, perkara itu belum berlaku dan ketika ini pihaknya hanya menunggu penjelasan daripada Pesuruhjay­a Sukan.

“Saya ada Presiden (Pestak), jadi keputusan itu (keluar MSC) perlu dilakukan secara bersama, bukan saya seorang. Sekarang ini biar kami dapatkan penjelasan daripada Pesuruhjay­a Sukan dulu," katanya.

Syed Husain

 ?? ?? AARON-Wooi Yik kini menduduki ranking keenam dunia.
AARON-Wooi Yik kini menduduki ranking keenam dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia