Harian Metro

Peluang timba banyak pengalaman jika Azeem belajar di luar negara

-

Kuala Lumpur: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi digalakkan menyambung pengajian di luar negara bagi membolehka­nnya menyertai pertanding­an lebih kompetitif sepanjang menimba ilmu.

Bagaimanap­un, jurulatihn­ya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata, terpulang kepada Azeem untuk mencorak masa depan kerana pilihan terletak di tangannya sama ada mahu menyambung pengajian di dalam atau di luar negara.

“Soal akademik saya tak masuk campur. Itu biar ibu bapa dan Azeem buat keputusan. Prinsip saya, kalau saya bantu dia buat keputusan, tiba-tiba tak kena dengannya, dia mungkin menyesal.

“Tapi kalau tanya pendapat saya, nak berlatih dan nak berjaya, (sambung belajar) di mana-mana pun boleh. Cuma saya lebih galakkan dia keluar (negara) kerana peroleh pertanding­an lebih kompetitif.

“Di Malaysia, kita tahu circle pelari tempatan. Jika di luar negara, mungkin ada sesuatu (pesaing) baru. Apa yang paling utama sama ada belajar di dalam atau di luar negara, Azeem ada ilmu yang memberi manfaat kepadanya selepas bersara sebagai atlet,” katanya.

Azeem meraih keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sekali gus menyaksika­nnya menerima beberapa peluang melanjutka­n pelajaran.

Antaranya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menawarkan­nya mengikuti program pengajian diploma dan biasiswa selain menerima dua tawaran di luar negara iaitu Universiti Winona dan Minnesota.

“Soal akademik saya tak masuk campur. Biar ibu bapa dan Azeem buat keputusan Muhammad Amir Izwan

 ?? ?? TAT Meng
TAT Meng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia