Harian Metro

Tat Meng percaya potensi pemain Hong Kong

-

Kuala Lumpur: Wong Tat Meng menamatkan spekulasi berhubung masa depannya selepas meletak jawatan sebagai jurulatih perseorang­an Korea Selatan apabila memilih menjadi jurulatih perseorang­an lelaki Hong Kong.

Pernah dikaitkan kembali menjadi jurulatih perseorang­an wanita negara, Tat Meng yang pernah berkhidmat di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, ada sebab mengapa beliau beralih arah ke Hong Kong.

“Antara sebab saya memilih Hong Kong kerana percaya mereka ada pemain berpotensi, jika tidak saya pun tidak mahu terima tawaran mereka.

“Saya fikir saya boleh bantu, (Ng) Ka Long sebelum ini pernah berada dalam kelompok 10 terbaik dunia tetapi kini di ranking ke-13 manakala (Lee) Cheuk Yiu meningkat naik. Jadi, saya mahu bantu mereka berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

“Ia bukan KPI (petunjuk prestasi utama) yang diletakkan Hong Kong tetapi ia lebih kepada sasaran peribadi sebagai jurulatih,” katanya yang membimbing skuad Hong Kong menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, menjelang Terbuka

Malaysia bermula 28 Jun sehingga 3 Julai ini di Arena Axiata.

Ditanya adakah mendapat tawaran kembali menjadi jurulatih di BAM, Tat Meng berkata, selain Hong Kong, dia mendapat satu lagi tawaran yang juga dari negara Asia tetapi bukan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia