Harian Metro

TABUNG RAGU-RAGU

Status tabung derma di premis perniagaan cetus persoalan

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@ hmetro.com.my

Kewujudan pelbagai tabung derma di banyak kaunter terutama restoran mengundang persoalan mengenai kesahihan statusnya sama ada ia mendapat kebenaran atau sebaliknya. Kebanyakan tabung itu bertujuan mencari dana dan dianggarka­n setiap tabung mampu mengutip antara RM200 hingga RM300 sebulan. Sepatutnya, pihak berkuasa agama negeri sentiasa menjalanka­n pemantauan bagi memastikan tabung yang diletakkan itu memiliki kebenaran dan diakui tulen, lapor Yusmizal Dolah Aling

Diletakkan di kaunter bayaran premis perniagaan termasuk restoran mamak, kewujudan pelbagai jenis tabung derma mengundang persoalan mengenai kesahihan statusnya.

Disediakan dalam pelbagai saiz, tabung derma terbabit didakwa diletakkan di situ oleh pusat pengajian, maahad tahfiz, masjid, rumah kebajikan serta kompleks pendidikan Islam termasuk di selatan Thailand yang mencari dana bagi menyara kos operasi mereka.

Dengan purata dua tabung di setiap restoran, pemilik tabung dikatakan menerima anggaran sumbangan antara RM200 hingga RM300 sebulan.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, tabung berkenaan diletakkan di kaunter bayaran di semua lebih 10,000 restoran milik ahlinya.

Katanya, ketika mahu meletakkan tabung di restoran, individu terbabit ada yang menunjukka­n dokumen sokongan seperti kebenaran dari jabatan agama Islam negeri, surat pejabat mufti luar negara dan surat lain yang tidak dapat dipastikan kesahihann­ya.

“Pemilik restoran bersetuju untuk meletakkan tabung itu bagi memudahkan orang ramai menderma namun isunya adalah benarkah semua tabung berkenaan mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Sebelum ini, saya pernah didatangi seseorang yang ingin menukarkan tabung sedia ada dengan tabung yang lebih kecil. Kebetulan saya nampak pelekat surau pada tabung yang dibawa dan kenal pengerusin­ya.

“Bila disemak, pengerusi berkenaan mengakui pihaknya tidak pernah meletakkan tabung surau di mana-mana restoran untuk meminta sumbangan orang ramai,” katanya kepada Harian Metro.

Jawahar Ali berkata, setiap satu atau dua bulan, ada individu tertentu datang membuat kutipan tabung berkenaan di restoran milik ahli Presma, namun ada juga yang membiarkan­nya di situ sahaja tanpa membuat kutipan.

Katanya, pihaknya meminta jabatan agama Islam negeri untuk menguatkua­sakan peraturan mengenai kebenaran meletakkan tabung bagi mengelak berlaku penipuan.

Menurutnya, ia juga bagi mengelakka­n fitnah kepada pemilik restoran kerana tabung berkenaan diletakkan di bawah pengawasan pengurusan mereka.

“Bersedekah adalah amalan yang baik. Usaha untuk meletakkan tabung ini juga murni, tetapi perlu diperincik­an bagaimana caranya.

“Mungkin perlu tabung khusus disediakan jabatan agama yang diberikan kepada individu mendaftar secara sah untuk diletakkan di premis perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) Bazeer Ahmad berkata, pihaknya turut berdepan situasi sama apabila didatangi pihak tertentu yang mahu meletakkan tabung kebajikan.

Katanya, tabung berkenaan yang diletakkan hampir di semua kedai runcit ahlinya adalah dari maahad tahfiz, rumah anak yatim, masjid dan surau yang dikatakan memerlukan bantuan kewangan daripada orang ramai.

Menurutnya, pihaknya akan bertanyaka­n kepada individu yang membawa tabung itu terlebih dahulu dan membuat semakan menerusi butiran yang diberi sebelum membenarka­n tabung diletakkan di situ untuk satu tempoh tertentu.

“Biasanya tabung diletakkan di sini selama satu atau dua bulan. Selepas itu, mereka akan datang untuk mengambiln­ya semula.

“Ada yang terus tinggal tabung di kaunter itu dan ada yang tidak. Setakat ini hampir semua kedai runcit milik ahli Mawar ada tabung ini. Ada yang sampai lima hingga enam tabung,” katanya.

Bazeer berkata, perlu keseragama­n daripada segi kaedah kutipan dikeluarka­n pihak berkuasa bagi membendung elemen penipuan oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab.

“Kita dapati ada juga yang cuba menipu. Tidak ada butiran lengkap dan hanya mahu mendapat wang mudah. Ini yang perlu kita tangani demi kebaikan semua,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? PENGUAT KUASA Jawi menjalanka­n pemantauan di sebuah restoran di sekitar ibu kota yang menempatka­n tabung derma.
PENGUAT KUASA Jawi menjalanka­n pemantauan di sebuah restoran di sekitar ibu kota yang menempatka­n tabung derma.
 ?? ?? ANEKA tabung derma yang diletakkan di kaunter restoran.
ANEKA tabung derma yang diletakkan di kaunter restoran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia