Harian Metro

Seri Paduka zahirkan rasa sukacita

-

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan setinggi tahniah dan penghargaa­n kepada kerajaan dan Measat Global Berhad (Measat) atas kejayaan pelancaran Satelit Measat-3d, awal pagi semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menzahirka­n rasa sukacita dengan kejayaan ini kerana ia amat bermakna khususnya untuk rakyat.

Titah Al-Sultan Abdullah, rakyat akan menikmati internet berkelajua­n tinggi tidak kira di kawasan bandar, pinggir bandar atau pedalaman di seluruh Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak menerusi perkhidmat­an jalur lebar satelit.

“Seri Paduka Baginda bertitah, ia selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan

Digital Negara (Jendela) dalam usaha merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan mewujudkan masyarakat inklusif digital tanpa meminggirk­an mana-mana kelompok rakyat.

“Seri Paduka Baginda menzahirka­n harapan agar dengan akses internet stabil dan pantas, rakyat memperoleh manfaat sosioekono­mi seperti penyertaan dalam aktiviti e-Dagang dan pembelajar­an digital,” menurut Ahmad Fadil dalam kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia