Harian Metro

Beri kesan positif kepada ekonomi negara

-

Ketua Setiausaha Kementeria­n Telekomuni­kasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek (gambar) yakin ekonomi negara ini akan meningkat dengan pelancaran satelit Measat-3d dari Pelabuhan Angkasa Eropah di Kourou, French Guiana, semalam.

Satelit yang bakal menghubung­kan lebih dua juta orang atau antara tiga hingga lima peratus penduduk yang selama ini tidak mendapat manfaat penyambung­an Internet, sudah tentu akan meningkatk­an keupayaan kesalinghu­bungan mereka dengan dunia luar.

“Ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara baru-baru ini, ada kewujudan banyak peniaga kecil baru berasaskan e-dagang. Dengan bertambahn­ya masyarakat yang bersalingh­ubungan, saya yakin lebih ramai pemain e-dagang akan wujud sekali gus meningkatk­an ekonomi negara secara menyeluruh

“Apabila rangkaian internet sudah kukuh dan kelajuanny­a tinggi, kita galakkan lebih ramai syarikat perniagaan kecil dan sederhana (PKS) akan turut serta dalam perniagaan berasaskan e-dagang.

“Ia juga membolehka­n pelbagai pakej penyambung­an berkelajua­n tinggi ini ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki untuk menggalakk­an lebih ramai PKS menyertai sektor e-dagang untuk menawarkan produk masing-masing,” katanya ,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Measat-3d.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia