Harian Metro

Hari bersejarah buat Malaysia

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Sejarah baharu tercipta buat negara apabila satelit Measat-3d berjaya dilancarka­n awal pagi semalam, sekali gus melengkapk­an usaha ketercapai­an jaringan internet.

Pelancaran satelit dilakukan pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia dari Stesen Angkasa Eropah di Kourou, French Guiana yang terletak di Amerika Selatan.

Measat-3d berkenaan menggunaka­n roket Ariane 5 ECA dan isyarat telemetri pertama satelit berkenaan mula diperoleh oleh stesen bumi tepat jam 6.41 pagi waktu Malaysia.

Satelit jenis Geostation­ary Equatorial Orbit (GEO) mempunyai liputan luas serta berkeupaya­an untuk menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar yang pantas.

Siaran langsung pelancaran Measat-3d di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Keberadaan satelit berkenaan dijangka dapat merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan membentuk masa depan lebih baik sejajar

‘ Hari penuh bersejarah, Measat melancarka­n satelit Measat-3d (di Kourou, French Guiana)”

Ismail Sabri

dengan inisiatif kerajaan menerusi pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Ismail menerusi hantaranny­a di laman Facebook berkata, ia hari yang penuh bersejarah apabila Measat

Global Berhad (Measat) melancarka­n satelit mereka.

“Hari penuh bersejarah, Measat melancarka­n satelit Measat-3d (di Kourou, French Guiana),” katanya.

Pada masa sama, Annuar menyatakan satelit Measat-3d menjadi aset penting kepada negara dalam merealisas­ikan ketercapai­an internet 100 peratus sebelum 2025.

Beliau berkata, satelit ini akan meningkatk­an perkhidmat­an jalur lebar sedia ada sekali gus masalah kelomponga­n capaian di negara dapat diatasi.

 ?? ?? ISMAIL Sabri (dua dari kanan) dan Annuar (kanan) menyaksika­n siaran langsung pelancaran Measat-3d di WTC Kuala Lumpur, semalam.
ISMAIL Sabri (dua dari kanan) dan Annuar (kanan) menyaksika­n siaran langsung pelancaran Measat-3d di WTC Kuala Lumpur, semalam.
 ?? ?? ISMAIL Sabri melihat replika satelit Measat-3d ketika melawat sekitar kawasan pameran.
ISMAIL Sabri melihat replika satelit Measat-3d ketika melawat sekitar kawasan pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia