Harian Metro

Dua matlamat utama pelancaran Measat-3d

-

Kuala Lumpur: Satelit Measat-3d penting kepada negara dalam mencapai liputan internet 100 peratus sebelum 2025 dan meningkatk­an kualiti perkhidmat­an jalur lebar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, perkhidmat­an satelit itu yang dilancarka­n semalam boleh digunakan dalam masa beberapa bulan lagi.

“Jadi pelancaran (satelit Measat-3d) hari ini (semalam) ada dua aspek penting, yang pertama memungkink­an kita mencapai liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpendudu­k sebelum 2025.

“Keduanya, kita boleh tingkatkan kualiti perkhidmat­an jalur lebar, tingkatkan perkhidmat­an kelajuan tinggi sepertiman­a kita gunakan rangkaian gentian optik yang sedang dilaksanak­an di kawasan yang maju,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksika­n siaran langsung pelancaran Measat-3d di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.

Malaysia melalui Measat Satellite Systems Sdn Bhd (Measat) melancarka­n Satelit Measat-3d di Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana,

Amerika Selatan jam 5.50 pagi waktu Malaysia (6.50 petang waktu tempatan, 22 Jun).

Satelit kelapan dianggar membabitka­n kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun dijangka mampu merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan membentuk masa depan ketersambu­ngan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Beliau berkata, negara mempunyai jangkaan liputan internet sehingga 97 peratus di bawah program Jendela 1 yang menghubung­kan kawasan berpendudu­k dengan menggunaka­n kaedah jaringan gentian optik manakala baki tiga peratus adalah kawasan pedalaman.

“Kawasan ini (pedalaman) sudah tentu perlu menggunaka­n teknologi satelit. Lagipun sekarang memang kita menggunaka­n teknologi satelit tetapi lazimnya sekarang ini yang sedia ada memberikan perkhidmat­an jalur lebar kapasiti

yang rendah, kelajuan yang rendah.

“Kebanyakan semuanya kurang 10 Mbps (mega bit per saat), tetapi Measat-3d berkeupaya­an memberi perkhidmat­an jalur lebar di kawasan yang saya maksudkan tadi antara 35 Mbps hingga 100 Mbps.

“Sekarang mereka menggunaka­n asas (kelajuan internet) sahaja mungkin sedikit untuk data seperti gambar dan sebagainya, tetapi kalau hendak buat untuk kegunaan yang lebih banyak penggunaan datanya, teknologi satelit yang ada sekarang tak cukup,” katanya.

‘ Measat-3d berkeupaya­an memberi perkhidmat­an jalur lebar di kawasan yang saya maksudkan tadi antara 35 Mbps hingga 100 Mbps”

Annuar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia