Harian Metro

Sah senapang buatan sendiri

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad am@hmetro.com.my

Polis mengesahka­n senapang angin yang dirampas dalam kes menembak mati seekor kucing di Bukit Rambai di sini, kelmarin adalah senjata buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christophe­r Patit ketika dihubungi berkata, polis turut bertindak merampas beberapa alatan dipercayai alat ganti senapang itu berserta 17 butir peluru semasa penggeleda­han dilakukan di rumah suspek semalam.

“Senapang angin itu dipercayai dibuat oleh anak suspek sebelum digunakan oleh bapanya untuk menembak kucing itu.

“Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui dari mana suspek belajar membuat senapang angin itu,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan pihak polis memberkas seorang bapa dan anak lelakinya selepas dipercayai terbabit perbuatan menembak mati seekor kucing menggunaka­n senapang angin di Bukit Rambai di sini, kerana marah haiwan itu menceroboh masuk ke rumah mereka.

Perbuatan itu terbongkar selepas pemilik kucing membawa haiwan itu yang mengalami muntah darah serta luka di belakang badan ke klinik haiwan untuk mendapatka­n rawatan dan doktor mengesahka­n ia ditembak hasil penemuan geguli besi di dalam badan haiwan itu.

“Senapang angin dipercayai dibuat oleh anak suspek Christophe­r

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia