Harian Metro

Warga asing didenda RM3,000

-

Ipoh: Seorang lelaki Bangladesh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah memberi suapan RM200 kepada anggota polis bagi mengelakka­n tindakan saman diambil terhadapny­a pada Februari lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid membuat keputusan itu selepas tertuduh, Sirajul Nojrulisla­m, 42, yang merupakan pekerja kilang mengaku salah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan dalam bahasa Hindi mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

Berdasarka­n pertuduhan pilihan itu, tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai sebanyak RM200 kepada seorang anggota polis berpangkat Koperal yang merupakan seorang pegawai badan awam iaitu Polis Diraja Malaysia.

Perbuatan itu dilakukan pada jam 5.20 petang, 17 Februari lalu di Jalan Batu 10 Segari, Manjung.

Suapan itu adalah sebagai satu balasan supaya saman tidak dikeluarka­n terhadap tertuduh atas kesalahan tidak memakai topi keledar ketika tertuduh menunggang motosikal bernombor pendaftara­n ACD 9215 yang merupakan satu kesalahan mengikut Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.

Sebelum itu, tertuduh didakwa dengan pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 atas dakwaan secara rasuah memberi suapan namun butiran lanjut pertuduhan adalah sama seperti pertuduhan pilihan yang dibacakan.

Pertuduhan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Maziyah Mansor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

M Bakri turut menetapkan hukuman sebulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda terbabit.

Mahkamah turut memerintah­kan wang rasuah sebanyak RM200 bagi kes ini dilucuthak kepada kerajaan Malaysia mengikut Seksyen 40(1)(a) Akta SPRM 2009.

Hukuman sebulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda

 ?? ?? SIRAJUL mengaku bersalah memberi suapan RM200 kepada anggota polis.
SIRAJUL mengaku bersalah memberi suapan RM200 kepada anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia