Harian Metro

Perlu hukuman sebat bendung kes berulang

-

‘ Saya melihat jika sekadar hukuman penjara atau denda, mungkin ada pihak tidak berasa gerun. Jadi, mungkin kita boleh tambah hukuman sebat”

Arie Dwi Andika

Melaka: Akta Kebajikan Haiwan 2015 perlu diperkemas dengan memasukkan hukuman sebatan dalam usaha membendung perbuatan menganiaya haiwan di negara ini.

Ketika ini pesalah dikenakan hukuman denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Cadangan itu disyorkan Presiden Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika yang berpendapa­t hukuman bagi akta sedia ada belum mencukupi untuk menakutkan penjenayah haiwan daripada melakukan kekejaman terhadap haiwan.

“Saya melihat jika sekadar hukuman penjara atau denda, mungkin ada pihak tidak berasa gerun. Jadi, mungkin kita boleh tambah hukuman sebat supaya jenayah sebegini dipandang lebih serius oleh masyarakat sebagaiman­a hukuman jenayah lain seperti mengedar dadah dan rogol,” katanya ketika dihubungi.

Arie Dwi berkata, tiada kesedaran bukan alasan untuk menghalalk­an perbuatan jenayah apatah lagi masyarakat sejak dari kecil dididik menyayangi haiwan.

“Sejak dari kecil setiap agama mengajar kita supaya tidak menzalimi haiwan, bagi saya tiada alasan untuk soal kesedaran.

“Mereka yang melakukan kekejaman terhadap haiwan termasuk terbaru kes menembak mati kucing, adalah individu tidak bertanggun­gjawab. Akhirnya yang boleh mendidik mereka ini adalah hukuman yang berat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyifatka­n dua kejadian terbaru perbuatan menembak mati kucing di Kedah dan negeri ini sebagai ‘keparahan jiwa’ dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Justeru kerajaan perlu memandang berat terhadap kes jenayah haiwan ini kerana ia petanda bahawa ramai rakyat kita mengalami gangguan jiwa.

“Jika tidak dibendung, barangkali selepas jenayah terhadap haiwan ia akan membabitka­n manusia pula,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia