Harian Metro

Populasi kurang bertambah

Terengganu antara lima negeri catat kadar pertambaha­n penduduk rendah sebanyak 1.3%

-

Terengganu tergolong dalam lima negeri di Malaysia yang mencatat kadar pertumbuha­n tahunan penduduk paling rendah iaitu sekitar 1.3 peratus.

Empat negeri lain ialah Melaka, Putrajaya, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Perlis.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzair Mahidin berkata, jumlah penduduk Terengganu pada 2020 ialah 1.15 juta orang, hanya mewakili tiga peratus daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 32.4 juta orang.

“Terengganu mengalami fenomena kurang penduduk. Penurunan pertumbuha­n tahunan penduduk antaranya didorong oleh penghijrah­an masyarakat ke luar untuk aktiviti ekonomi.

“Bagaimanap­un, dengan Pelan Induk Pembanguna­n Sejahtera 2030 (Pitas 2030) yang dilancarka­n oleh kerajaan negeri, mungkin akan berlaku perubahan apabila lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan di negeri ini pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an taklimat Siri Jelajah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun): Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman kelmarin.

Selain itu, Mohd Uzair berkata, kadar perbandara­n Terengganu juga meningkat daripada 59.3 peratus pada 2010 kepada 64.2 peratus pada 2020.

Justeru, kerajaan negeri perlu memberi lebih perhatian kepada implikasi atau isu seperti kemiskinan bandar, peningkata­n kos sara hidup rakyat dan penyediaan perkhidmat­an bagi kesejahter­aan penduduk.

“Sektor perkhidmat­an merupakan penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Terengganu iaitu sekitar 53 peratus.

“Daripada 131.6 juta pelancong domestik seluruh negara, 7.4 juta pelawat disumbang oleh Terengganu,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia