Harian Metro

Lorong kiri, kecemasan antara Tapah ke Bidor ditutup lima hari

-

Ipoh: Lorong kiri dan kecemasan antara Tapah ke Bidor di Kilometer (KM) 338.20 hingga KM 339.25 arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan akan ditutup lima hari bermula 27 Jun hingga 1 Julai ini.

Plus Malaysia Berhad (Plus) dalam kenyataann­ya semalam memaklumka­n penutupan laluan kepada semua kenderaan itu berikutan pelaksanaa­n kerja-kerja penyelengg­araan jalan.

Menurut Plus, lorong kanan di 338.20 hingga KM 339.25 (arah Selatan) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan manakala penggunaan laluan kecemasan akan diaktifkan secara berkala bergantung kepada keperluan semasa.

“Plus mengutamak­an keselamata­n dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatk­an kedua-dua aspek berkenaan.

“Pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatk­an supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunaka­n aplikasi Plus untuk mendapatka­n maklumat trafik terkini melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia