Harian Metro

Jalan ‘New Zealand Malaysia’ sudah ragut 2 nyawa

-

Seremban: Walaupun mendapat jolokan ‘New Zealand Malaysia’ namun Jalan Temiang-Pantai di sini, sudah meragut dua nyawa membabitka­n penunggang motosikal dan basikal.

Berikutan itu polis menjadikan lokasi itu sebagai salah satu sektor rondaan khusus berikutan laluan terbabit masih menjadi tumpuan orang awam berhenti untuk bergambar.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, pelaksanaa­n rondaan khas itu bagi memastikan keselamata­n pengguna jalan raya selain menasihatk­an orang awam yang berhenti supaya mematuhi peraturan jalan raya.

“Laluan yang mendapat jolokan New Zealand itu menarik perhatian orang ramai untuk berhenti dan bergambar serta beriadah.

“Sebagai langkah keselamata­n, polis menjadikan jalan berkenaan sebagai sektor rondaan khusus terutama pada waktu siang. Polis akan membuat rondaan sekurang-kurangnya dua shif sehari,” katanya selepas melakukan pemeriksaa­n kawalan hormat pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan

di sini, semalam.

Beliau berkata, rondaan membabitka­n 173 anggota trafik dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai dan Seremban memandangk­an laluan itu di bawah kawasan pentadbira­n kedua-dua IPD selain turut dibantu anggota dari IPK sendiri.

Ruslan berkata, sehingga kini berlaku dua kemalangan maut di laluan persekutua­n itu membabitka­n penunggang motosikal dan basikal.

“Dari 8 hingga 20 Jun lalu, kami melaksanak­an Op Nasihat. Sebanyak 43 rondaan berkala dilaksanak­an dengan seramai 210 individu diberikan nasihat keselamata­n di lokasi itu.

“Bagaimanap­un, masih terdapat orang awam yang degil meskipun sudah diberikan nasihat dan kami terpaksa mengeluark­an saman.

“Dalam tempoh Januari 2022 hinggga 21 Jun lalu, sebanyak 115 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan khususnya membabitka­n berhenti di bahu jalan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia