Harian Metro

Enam sekeluarga termasuk pesakit barah dipindah

-

‘ Anggota bomba bertindak membantu memindahka­n mangsa ke rumah jirannya di kawasan lebih tinggi dan tidak terjejas dengan banjir”

Melaka: Enam sekeluarga termasuk seorang pesakit kanser warga emas terpaksa dipindahka­n selepas kediaman didiami di Jalan Bukit Senjuang di sini, ditenggela­mi banjir.

Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi semalam, banjir menenggela­mkan berpuluh rumah dan sekolah di Melaka Tengah antaranya di Taman Rambai Indah, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya dan Tanjung Minyak.

Difahamkan semua mangsa yang terperangk­ap diselamatk­an pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Padang Temu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Hazalani Jaafar berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 7.38 pagi sebelum sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat­kan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, didapati kediaman mangsa dinaiki banjir setinggi 0.3 meter dan terdapat seorang lelaki warga emas sedang terlantar sakit.

“Anggota bomba bertindak membantu memindahka­n mangsa ke rumah jirannya di kawasan lebih tinggi dan tidak terjejas dengan banjir,” katanya.

Ujarnya, keseluruha­n enam penghuni berusia 11 hingga 87 tahun di dalam rumah itu diselamatk­an dan operasi tamat jam 7.38 pagi.

Sementara itu Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumka­n kawasan lain yang turut dilanda banjir kilat adalah Kampung Pengkalan Rama Pantai, Rumah Awam Pantai Peringgit, Taman Desa Molek dan Kampung Padang Bukit Lintang.

Bagaimanap­un tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

Hazalani Jaafar

 ?? ?? ANGGOTA bomba menyelamat­kan warga emas terperangk­ap di dalam rumahnya di Jalan Bukit Senjuang akibat banjir kilat.
ANGGOTA bomba menyelamat­kan warga emas terperangk­ap di dalam rumahnya di Jalan Bukit Senjuang akibat banjir kilat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia