Harian Metro

Tangan isteri hampir putus, retak tempurung kepala

Stor haram kegiatan seleweng diesel bersubsidi diserbu

- Oleh Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

Tumpat: Wanita yang ditikam suami dalam kejadian di Chabang Empat di sini, petang Selasa lalu baru berkahwin dengan lelaki terbabit Februari lalu.

Malah, ‘amukan’ suaminya itu menyebabka­n mangsa cedera parah dengan kedua-dua tangannya hampir putus selain retak tempurung kepala dan luka di beberapa bahagian badan.

Mangsa yang berusia 26 tahun dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan selesai menjalani pembedahan hampir lapan jam malam kelmarin.

Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika ditanya kepada adiknya semasa menerima rawatan kecemasan di hospital petang hari kejadian, mangsa memberitah­u dia dan suami tidak bergaduh.

“Sebaliknya mereka baharu berkahwin Februari lalu memang sedang berdepan masalah rumah tangga. Kedua-duanya menetap di Kampung Morak di sini.

“Pada kejadian petang kelmarin (petang Selasa lalu), saya tiada di rumah. Adik (mangsa) ada di biliknya sebelum lelaki itu (suami mangsa) menerjah bilik dan mereka terus bergelut.

“Tiba-tiba, adik diheret ke luar bilik terus ke dapur sebelum kepala dihentak ke simen serta ditikam dengan pisau sehingga rebah,” katanya dihubungi semalam.

Wanita berusia 34 tahun itu berkata, kejadian itu menyebabka­n adik perempuann­ya parah. Ibunya yang cuba menghalang turut luka di kepala sepanjang empat sentimeter (cm) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sindiket ‘kutip’ diesel subsidi ternyata masih berleluasa apabila mereka terus dikesan dilakukann­ya kegiatan haram itu menggunaka­n lori diubah suai.

Terbaru Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menyerbu sebuah stor haram dijadikan lokasi penyimpana­n diesel bersubsidi, di Kampung Tan Sri Mohd Said, Jalan Labu di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasanya, Abd Muis Samsudin, berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan susulan risikan dilakukan sejak seminggu lalu.

“Ketika serbuan, anggota pasukan penguat kuasa mendapati terdapat sebuah lori satu tan bertutup kanvas dalam keadaan mencurigak­an.

“Terdapat aktiviti memindahka­n diesel bersubsidi daripada lori itu menggunaka­n hos ke dalam tangki penyimpana­n. “Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati premis diserbu tidak mempunyai lesen sah atau apa-apa dokumen kebenaran untuk menyimpan diesel,” katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. Abd Muis berkata, sebanyak 4,500 liter diesel, sebuah lori satu tan diubah suai, tangki-tangki petak dan peralatan digunakan untuk kegiatan pemindahan diesel disita bagi tujuan siasatan.

Menurutnya, anggaran nilai rampasan keseluruha­n berjumlah RM32,675.

Katanya, menerusi maklumat risikan dilakukan mendapati terdapat aktiviti pembelian diesel daripada stesen minyak oleh lori berkenaan sebelum diesel itu dipindahka­n di premis itu.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan serta Seksyen 20 (1) akta yang sama kerana menyimpan barang kawalan di lokasi tidak dilesenkan,” katanya.

Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati premis diserbu tidak mempunyai lesen sah

 ?? ?? PENGUAT KUASA KPDNHEP menyerbu sebuah stor di Kampung Tan Sri Mohd Said, Jalan Labu dipercayai terbabit menyelewen­g diesel bersubsidi.
PENGUAT KUASA KPDNHEP menyerbu sebuah stor di Kampung Tan Sri Mohd Said, Jalan Labu dipercayai terbabit menyelewen­g diesel bersubsidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia