Harian Metro

4 pelajar diarah buat kerja khidmat masyarakat 160 jam

-

Seremban: Empat pelajar sebuah sekolah di daerah ini diperintah­kan menjalani khidmat masyarakat selama 160 jam dalam tempoh enam bulan atas pertuduhan mencederak­an seorang pelajar junior dari sekolah sama, 13 Mei lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Intan Syafinaz Roslin di Mahkamah Majistret Seremban di sini, semalam, terhadap empat remaja itu berusia 15 dan 16 tahun selepas meneliti laporan akhlak dikemukaka­n oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Pendakwa, Asisten Superitend­an M Shanmugave­l ketika ditemui wartawan di luar mahkamah berkata, mahkamah memutuskan tertuduh dijatuhi hukuman Perintah Khidmat

Masyarakat sebanyak 160 jam dalam tempoh enam bulan.

“Mereka turut dikenakan bon berkelakua­n baik dua tahun bercagaran RM2,000.

“Mahkamah juga menetapkan semua pelajar terbabit menghadiri sesi kaunseling dalam tempoh yang ditentukan oleh JKM,” katanya.

Semua tertuduh pada 23 Mei lepas mengaku bersalah di atas pertuduhan mereka secara bersama dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dengan cara memukulnya di bilik asrama sebuah sekolah di sini pada 12 tengah malam 13 Mei lalu.

Pendakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia