Harian Metro

Kamu jangan masuk campur lagi: Najib

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam hal ehwal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, beliau menyatakan demikian kerana apabila menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai penubuhan 1MDB, Najib hanya menjawab, beliau akan meneruskan (dengan penubuhan syarikat pelaburan itu).

Ahmad Husni yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada sesi pemeriksaa­n semula, berkata Najib juga memintanya supaya tidak masuk campur ketika beliau membangkit­kan kerisauan mengenai pelaburan usaha sama 1MDB dan syarikat perkhidmat­an serta pengeluara­n minyak, PetroSaudi Internatio­nal Ltd (PSI).

“Pada pertemuan penghujung tahun 2009 itu, saya menyatakan kepadanya supaya tidak meneruskan dengan usaha sama itu kerana syarikat ini masih dalam proses mencari telaga minyak.

“Saya juga menyatakan bahawa 1MDB tiada pengalaman dalam bidang itu dan sepatutnya ia diserahkan kepada syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tetapi beliau kata ‘kamu jangan masuk campur lagi’.

“Ini menunjukka­n beliau (Najib) ada kuasa untuk membuat keputusan kerana tidak ada sebarang perbincang­an,” katanya.

Dalam keterangan sebelum ini, Ahmad Husni memberitah­u mahkamah, dalam pertemuan di pejabat Najib, bekas perdana menteri itu memberitah­unya supaya tidak membabitka­n diri dan masuk campur dalam (urusan) 1MDB.

Katanya, apabila kerajaan memutuskan mengambila­lih 1MDB daripada Kerajaan

Negeri Terengganu melalui syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), beliau bertemu Najib untuk memberitah­unya bahawa 1MDB tidak sepatutnya ditubuhkan tanpa feasibilit­y study (kajian kebolehlak­sanaan).

Ahmad Husni berkata, kajian itu untuk membuat penilaian secara praktikal bagi cadangan sesuatu projek dan risiko dari segi perniagaan serta kewangan yang mana ia sangat penting bagi memastikan pelaburan syarikat menguntung­kan kerajaan.

Bagaimanap­un, katanya, Najib berkata beliau akan teruskan (dengan penubuhan 1MDB).

Sementara itu Ahmad Husni berkata, beliau tidak ada sebarang keraguan bahawa surat peribadiny­a kepada Najib yang dihantar melalui Setiausaha Sulit Allahyarha­m Datuk Azlin Alias tidak akan sampai kepada bekas perdana menteri itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia