Harian Metro

Dominasi lelaki tak ragut semangat

Hakimah anggap kecekapan seorang pelaut tak ditentukan jantina

-

Cita-cita sebenar Hakimah Saiful Bahri ingin menjadi peguam namun segalanya berubah apabila anak kelahiran kota metropolit­an Kuala Lumpur ini melihat iklan Akademi Laut Malaysia (ALAM) untuk jawatan kadet wanita.

“Selepas dapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007, saya banyak melihat ruangan iklan dalam suratkhaba­r kalau-kalau ada tawaran biasiswa untuk lanjut pelajaran. Bila nampak iklan ALAM, hati saya terus tergerak untuk memohon meskipun saya bercita-cita mahu jadi peguam.

“Saya bayangkan diri saya menjadi pelaut dan belayar ke seluruh dunia. Sebenarnya belum ada sesiapa pun dalam keluarga saya yang menyertai industri maritim,” kongsi Hakimah, mengenai pengalaman­nya sebagai pelaut di Seminar Kebangsaan Women’s Network in the Maritime Community ‘Training-Visibility-Recognitio­n’ yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seminar ini dianjurkan oleh Persatuan Wanita Dalam Maritim (MyWIMA) dengan kerjasama Kementeria­n Pengangkut­an dan Persatuan

Perkapalan dan Perdaganga­n Antrabangs­a Wanita.

ALAM yang ditubuhkan pada tahun 1977 mula membuat pengambila­n kadet wanita pada tahun 2006 dan Hakimah yang mengambil Diploma Pengajian Nautikal adalah antara calon kumpulan kedua kadet wanita ALAM.

Hakimah tamat pengajidek an sebagai pegawai pada tahun 2010.

Pada usia 33 tahun, pencapaian Hakimah sebagai pelaut wanita amat membanggak­an apabila beliau menyandang beberapa jainwatan penting dalam dustri yang dikuasai kaum adam.

Di samping menyandang jawatan ketua pegawai atau pegawai kedudukan dinamik kanan (DPO) kapal sokongan menyelam, beliau juga perintis wanita pertama memperoleh Sijil Kekompeten­an Kelas 1 Pelayaran Tanpa Had, Master 3,000GT pada tahun 2020. Sijil ini membolehka­n beliau mengemudi sebarang bentuk kapal dalam perairan negara dan antarabang­sa pada tahun 2020.

Sebagai DPO, Hakiheliko­pter. mah bertanggun­gjawab ke atas sistem selamat penjagaan stesen dan memantau operasi logistik di sekeliling beliau, seperti pergerakan kapal bekalan atau

(COC adalah lesen yang disahkan oleh Jabatan Laut Malaysia untuk pelaut bagi mengemudi kapal semasa berada di laut.)

Kedudukan Dinamik (DP) adalah sistem yang mengawal kedudukan serta kestabilan kapal ketika berdengan ada di laut, menggunaka­n propePeber­tindak ler dan penujah. gawai DP sebagai penjaga waktu utama di mememeserg­istik ja kawalan DP, ngoperasi dan mantau sistem DP ta memantau operasi lodi sekitar kapal.

“Saya juga bertanggun­gjawab mengawal sistem komputer DP di samping unit tujahan, pengurusan tenaga dan lebihan peralatan.

“Saya juga memantau radar secara berkala untuk perubahan trafik serta keadaan cuaca, memastikan kapal berada dalam keadaan stabil di atas kedudukan yag ditetapkan di dasar laut dan membantu pengurus pemasangan luar pantai menyediaka­n sistem kecemasan serta pengendali­annya sekiranya berlaku kegagalan mekanikal,” tambahnya. Setakat ini, Hakimah sudah belayar ke lebih 20 buah negara merentasi Laut China Selatan, Lautan

Pasifik, Lautan Atlantik, Laut Mediterran­ean, Laut Utara, Lautan Hindi, Teluk Benggala, Laut Norway, Laut Baltik dan pelbagai selat.

Berkhidmat dalam industri maritim bukan sahaja mencabar tetapi juga berbahaya. Menurut Hakimah, latar belakangny­a membesar dengan lima orang adik-beradik lelaki banyak membantu bekerja dengan kaum adam tanpa rasa bimbang dan janggal.

“Menjadi pegangan saya bahawa dalam industri yang dikuasai oleh lelaki, seseorang itu perlu melihat kepada kemampuan menjalanka­n tugas menurut kekuatan, kecekapan dan pengalaman dan tidak kepada perbezaan jantina serta fizikal.

“Apatah lagi, setiap pelaut melalui fasa pembelajar­an, latihan serta penilaian peperiksaa­n standard. Penting juga sikap hormat-menghormat­i sesama rakan sejawatan bagi mengekalka­n persekitar­an kerja yang positif. Keadaan ini akan membolehka­n kami kaum hawa mengetuai pasukan, memberi arahan serta menjalanka­n tanggungja­wab serta tugas kami, ” katanya.

“Saya bayangkan diri saya menjadi pelaut dan belayar ke seluruh dunia Hakimah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia