Harian Metro

Cuci wang RM1.7 juta!

Pesara swasta tidak mengaku bersalah atas 12 pertuduhan

- Oleh Nor Azizah Mokhtar am@hmetro.com.my

Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini, semalam atas 12 pertuduhan mengubah wang haram membabitka­n nilai hampir RM1.7 juta dalam tempoh 2019 hingga 2021.

Tertuduh, K Suranderan, 60, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dikemukaka­n terhadapny­a di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Berdasarka­n pertuduhan, Suranderan didakwa melupuskan RM1,685,543.27 yang juga hasil daripada aktiviti haram ke akaun bank milik empat syarikat, tiga individu serta empat akaun bank dan kad kredit milik tertuduh sendiri dengan nilai terendah RM11,398 manakala nilai tertinggi ialah RM516,480.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank OCBC (Malaysia) Cawangan Klang antara 14 November 2019 hingga 29 Mac 2021 yang didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Hukuman bagi seksyen itu memperuntu­kkan penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda atau nilai hasil daripada aktiviti atau RM5 juta atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding semalam, pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous manakala tertuduh diwakili Peguam K Renuka dan V Ayasamy.

Semasa prosiding, Noor Zalizan mencadangk­an tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis terdekat.

“Pihak kami mohon mahkamah mengambil kira jumlah kerugian yang dihadapi sebagai mana dalam pertuduhan,” katanya.

Bagaimanap­un, peguam, Renuka memohon supaya anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar yang munasabah dengan mengambil kira tahap kesihatan yang dihadapiny­a.

“Dia mempunyai penyakit serangan panik dan masih menerima rawatan. Selain kes di mahkamah ini, anak guam saya turut dituduh atas kesalahan lain di Mahkamah Majistret Klang dan sentiasa mematuhi kehadiran pada tarikh sebutan di mahkamah itu,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim Helina menetapkan wang jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 Ogos depan.

“Kami mohon mahkamah ambil kira jumlah kerugian yang dihadapi Noor Zalizan

 ?? ?? SU RA N DE RA N didakwa atas 12 pertuduhan mengubah wang haram.
SU RA N DE RA N didakwa atas 12 pertuduhan mengubah wang haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia