Harian Metro

‘Tiada maklumat mikro ketika dakwa Zahid’

-

Putrajaya: Pihak pendakwaan tidak mempunyai maklumat mikro sewaktu pertuduhan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilakukan pada 2019.

Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkata, tidak mungkin untuk pihaknya mempunyai maklumat terperinci sedemikian ketika pertuduhan difailkan.

Sebaliknya, beliau berkata, maklumat mikro sedemikian hanya akan muncul dalam perbicaraa­n beberapa tahun kemudian.

Ia membabitka­n keterangan mengaitkan beberapa pemimpin negara termasuk Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, dengan kes yang dihadapi Ahmad Zahid ketika ini.

Katanya, sama ada ia adalah kes sivil mahupun kes jenayah, ia akan menghasilk­an bukti memeranjat­kan.

“Justeru, tiada sesiapa yang boleh benar-benar bersedia untuk sebarang perbicaraa­n. Saya fikir, ini menunjukka­n kepada anda bagaimana perbicaraa­n amat mengagumka­n.

“Dalam kes ini jelas ada seorang saksi dipanggil Encik Tan. Saya fikir seorang pegawai bank atau pegawai syarikat, yang memiliki satu lejar akaun yang beliau catatkan semua maklumat ini, mungkin sejurus selepas ia berlaku,” katanya dalam satu bual bicara secara dalam talian dengan seorang YouTuber Ang Woei Shang mengenai bukunya My Story: Justice in the Wilderness versi bahasa Cina.

Terdahulu, beliau ditanya soalan jika ada pendakwaan terpilih ketika pentadbira­n Pakatan Harapan (PH) sebelum ini kerana ahli politik yang dinamakan dalam keterangan saksi pada perbicaraa­n kes terhadap Ahmad Zahid tidak didakwa bersama Presiden Umno itu.

Tommy berkata, secara peribadi, beliau tidak mengetahui semua maklumat berkenaan ketika membuat keputusan mendakwa tertuduh dalam kes itu.

Selain nama Hishammudd­in dan Khairy, turut dinamakan dalam keterangan saksi perbicaraa­n kes berkenaan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

 ?? ?? TOMMY
TOMMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia