Harian Metro

Ibu tunggal naik motor dari Batu Gajah jual tisu di PD

-

Port Dickson: Seorang ibu tunggal sanggup ‘berhijrah’ menunggang motosikal bersendiri­an daripada Batu Gajah, Perak, semata-mata mahu mencari rezeki dengan menjual tisu.

Wanita terbabit, Zanizan Ahmad Raduan, 42, berkata, dia yang menetap di Changkat, Batu Gajah memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum tiba di Port Dickson sejak 10 hari lalu.

“Saya kematian suami akibat kemalangan jalan raya enam tahun lalu. Sejak itu saya terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi mencari rezeki dan membesarka­n dua anak.

“Bagi saya kerja menjual tisu lebih mudah biarpun terpaksa berjalan jauh atau menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di Bandar Springhill di sini, semalam.

Katanya, dia sebelum ini menjual tisu di sekitar Kuala Lumpur sebelum mahu meneruskan perjalanan pulang ke Batu Gajah.

“Namun saya tersalah jalan hingga terlajak jauh ke Port Dickson. Biasanya saya akan tidur di kedai dobi layan diri atau di lokasi yang selesa kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk tidur di hotel.

“Sepanjang perjalanan, saya bernasib baik berikutan motosikal tidak rosak. Jika tidak pasti keadaan menjadi lebih sukar,” ujarnya.

Zanizan berkata, Malaysia negara yang aman dan dia bersyukur apabila ada pemilik kedai makan bermurah hati memberikan­nya

‘ Saya kematian suami akibat kemalangan jalan raya enam tahun lalu”

Zanizan

makanan.

 ?? ?? ZANIZAN menunggang motosikal dari Changkat, Batu Gajah, Perak untuk menjual tisu bagi mencari belanja harian di Port Dickson. - Gambar NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
ZANIZAN menunggang motosikal dari Changkat, Batu Gajah, Perak untuk menjual tisu bagi mencari belanja harian di Port Dickson. - Gambar NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia