Harian Metro

Pembinaan bermula Januari depan

-

Kota Bharu: Pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh di sini, yang bernilai RM270 juta akan mula dibina Januari tahun hadapan dan ia bakal menjadi lokasi utama pertanding­an Sukan Malaysia (Sukma) ke-22 pada 2026.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata, ini julung kali Kelantan menjadi tuan rumah dan pihaknya menyambut baik hasrat Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) untuk membina prasarana sukan di negeri itu.

Katanya, kompleks sukan dibina di atas tanah seluas 66.4 hektar merangkumi stadium tertutup, padang hoki, tenis dan padang sintetik.

“Insya-Allah, kita akan siapkan kompleks ini enam bulan lebih awal sebelum temasya Sukma 2026 berlangsun­g.

“Kompleks ini mampu memuatkan sehingga

30,000 penonton dan pada masa sama pembinaan kompleks sukan ini secara tidak langsung akan merancakka­n lagi pembanguna­n sukan di Kelantan,” katanya selepas Majlis Makan Malam Bersama Media Prima Berhad (MPB) di Hotel Perdana, kelmarin. Turut hadir Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia Mohd

Efendi Omar.

Mengulas lanjut, Wan Roslan berkata, pada masa sama,pihaknya juga sedang giat membuat persiapan pelan pembanguna­n atlet iaitu mencari atlet berusia bawah 21 tahun khususnya yang sedang mewakili Kelantan bagi menyertai pertanding­an dalam Sukma 2026.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) juga sentiasa memantau perkembang­an atlet bagi memastikan mereka berada pada tahap prestasi terbaik,” katanya.

Kompleks sukan mampu memuatkan sehingga 30,000 penonton

 ?? ?? DR Syed Hussian (kiri) dan Mohd Efendi (dua dari kanan) bersama Wan Roslan (kanan) pada Majlis Makan Malam Bersama Media Prima Berhad (MPB) di Hotel Perdana, Kota Bharu. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
DR Syed Hussian (kiri) dan Mohd Efendi (dua dari kanan) bersama Wan Roslan (kanan) pada Majlis Makan Malam Bersama Media Prima Berhad (MPB) di Hotel Perdana, Kota Bharu. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia