Harian Metro

Janji Zuraida buat si suami

Tetap setia jaga pasangan lumpuh akibat nahas

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Satu janji Zuraida Abdullah, 40, buat suaminya, Mohd Rafi Ramli, 52, yang lumpuh iaitu akan setia menjaga lelaki berkenaan hingga akhir hayat.

Zuraida yang turut mengalami masalah pendengara­n berkata, ada masanya dia juga buntu memikirkan nasib suami dan hanya mampu terus berada di sisi lelaki berkenaan selain memberi kata-kata semangat.

“Saya akan tetap setia menjaga suami kerana kami sudah banyak melalui kehidupan susah senang bersama,” katanya ditemui di kediaman disewanya pada kadar RM200 sebulan di Kampung Sat Tengah di sini.

Menurut Zuraida, Mohd Rafi memerlukan sepenuh perhatian dan penjagaan selepas terbabit dalam kemalangan sejak lebih dua tahun lalu.

Katanya, akibat kemalangan, suaminya mengalami pendarahan di kepala dan perlu menjalani pembedahan membuang sebahagian tempurung kepala sebelah kanan. Ia dilakukan bagi membuang darah beku.

Suaminya menerima rawatan rapi lebih sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dan Hospital Tanah Merah sebelum dibawa pulang.

“Kesan kemalangan itu turut menjejaska­n penglihata­n suami apabila kedua-dua matanya kabur. Dia hanya dapat mengecam pelawat berdasarka­n suara dicamnya.

“Suami juga lumpuh separas pinggang ke bawah. Keadaan itu menyebabka­n saya tidak dapat keluar bekerja untuk mencari rezeki kerana perlu menguruska­n suami seperti memberinya makan selain menukar lampin pakai buang,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i anaknya, Norshahill­a Mohd Rafi di talian 013-7165687.

Pada masa sama, menurutnya, setiap bulan dia perlu menyediaka­n RM200 untuk kos lampin pakai buang memandangk­an sukar untuknya mengangkat suami ke bilik air.

“Bagi membeli keperluan suami, ada ketikanya saya berhutang dengan adik-beradik, malah jika terdesak, saya berhutang dengan kedai runcit untuk membeli barangan keperluan harian.

“Namun, dalam keadaan dihimpit masalah kewangan, saya bersyukur kerana empat anak yang masih bersekolah masing-masing mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Setiap bulan perlu sedia RM200 untuk kos lampin pakai buang

 ?? ?? ZURAIDA setia menjaga suaminya, Mohd Rafi yang memerlukan sepenuh perhatian dan penjagaan selepas terbabit dalam kemalangan dua tahun lalu. - Gambar NSTP/HAZIRA AHMAD ZAIDI
ZURAIDA setia menjaga suaminya, Mohd Rafi yang memerlukan sepenuh perhatian dan penjagaan selepas terbabit dalam kemalangan dua tahun lalu. - Gambar NSTP/HAZIRA AHMAD ZAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia