Harian Metro

‘Cucuku jadi cikguku!

Kisah nenek 19 cucu belajar pada usia senja tular

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Usia bukan penghalang buat nenek 19 cucu, Siti Halimah Abu Bakar menuntut ilmu.

Wanita itu juga bertuah kerana cucunya,

Aiza Jasmin Zulkifli yang menjadi gurunya di rumah.

Kisah Siti Halimah, 86, mendapat perhatian netizen selepas Aiza Jasmin, 26, memuat naik video mengajar neneknya membaca dan menulis di TikTok.

Perkongsia­n itu mendapat banyak reaksi dengan

‘ Tok mungkin akan lupa semula apa yang diajar, jadi saya beri peluang kepadanya mencuba salah satu cara yang baik bagi Tok kekal aktif” Aiza Jasmin Zulkifli

rata-ratanya memuji usaha Aiza Jasmin serta kesungguha­n Siti Halimah menimba ilmu pada usia senja.

Berkongsi kisah di sebalik video yang tular, Aiza Jasmin berkata, dia mula mengajar nenek mesra disapa Tok sejak September tahun lalu.

“Tok sebenarnya tahu sedikit sebanyak menulis dan membaca kerana ada ketikanya dapat menyebut beberapa perkataan serta ayat dalam bahasa Inggeris.

“Bagaimanap­un Tok ketika zaman mudanya tidak mempunyai peluang mendapat pendidikan terbaik.

“Jadi, saya dengan sukarela nekad mengajar Tok kerana dia juga ada keinginan belajar dan merasai pengalaman yang tidak dapat dirasainya dahulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, masa lapangnya adalah pada sebelah petang dan dia menggunaka­n waktu terluang itu untuk mengadakan sesi mengajar selama 30 minit hingga satu jam.

Selain membaca dan menulis, Aiza Jasmin turut mengajar asas Matematik bagi menguatkan lagi minda neneknya itu.

“Tok mungkin akan lupa semula apa yang diajar, jadi saya beri peluang kepadanya mencuba salah satu cara yang baik bagi Tok kekal aktif. Ini kerana lebih banyak kita melatihnya, hasilnya jadi semakin baik.

“Setakat ini, keluarga menyokong apa yang saya lakukan dan amat berbangga dengan inisiatif serta sikap sabar saya ketika mengajar Tok.

“Daripada segi perkembang­an Tok, ada turun naiknya. Ada ketika Tok lupa namun latihan diberi membolehka­nnya mempraktik­kan ilmu diajar,” katanya yang juga anak keempat daripada lima beradik.

Niat Aiza Jasmin berkongsi video dengan Tok di TikTok adalah kerana mahu hargai waktu bersama neneknya itu.

“Terkejut juga apabila video dapat tontonan ramai dan rata-rata komen diterima adalah positif dan amat baik,” katanya.

 ?? ?? SITI Halimah belajar mengeja dan menulis.
SITI Halimah belajar mengeja dan menulis.
 ?? ?? AIZA Jasmin dan neneknya, Siti Halimah.
AIZA Jasmin dan neneknya, Siti Halimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia