Harian Metro

EZ Qurban sasar ‘tumbang’ 600 lembu

-

Sungai Buloh: Bersempena hari raya Aidiladha tidak lama lagi, EZ Qurban Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan EZ Prihatin melancarka­n Program Korban Malaysia bagi memberi peluang kepada umat Islam melaksanak­an ibadah korban di dalam negara.

Program yang masuk tahun ketiga itu mensasarka­n 600 lembu berbanding 497 lembu tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi EZ Qurban Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin berkata, program berkenaan akan memberi manfaat kepada lebih 50,000 penerima terdiri daripada asnaf, fakir miskin dan golongan memerlukan.

“Tahun ini bila kita lihat program korban sudah mula dibuka, kita mengehadka­n beberapa lokasi untuk melaksanak­an ibadah itu supaya lebih mudah untuk membuat pemantauan.

“Ini kerana kita menerima pengiktira­fan untuk prosedur perkhidmat­an akikah berasaskan pematuhan syariah dan kami ketatkan beberapa perkara sebagai jaminan sembelihan korban yang diadakan lebih sempurna,” katanya ketika meninjau persiapan di Saujana Agro Trading di sini, semalam.

Program Korban Malaysia yang dilaksanak­an pada tahun ini akan diuruskan oleh Yayasan EZ Prihatin mengikut standard piawaian ISO dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya tarikh tutup program berkenaan adalah pada sehari sebelum Aidiladha bagi memberi peluang kepada seramai mungkin untuk mendaftar.

Menurutnya, selain Yayasan

EZ Prihatin, pihaknya turut bersama dengan badan bukan kerajaan tempatan serta majlis daerah dalam program terbabit.

Katanya, pihaknya akan memastikan SOP dilaksanak­an sebaik mungkin bagi melancarka­n program.

Tahun ini, harga Korban Malaysia dibuka pada harga adalah RM750 untuk satu bahagian lembu, seekor lembu RM5,250, kambing pada harga RM1,199 seekor dan setiap peserta akan diberi video, gambar dan sijil sebagai bukti pelaksanaa­n.

“Saya beritahu Sharnaaz, apapun yang terjadi, terus pandang ke hadapan Noor Nabila

 ?? ?? LAPORAN Harian Metro, 21 Jun 2022.
LAPORAN Harian Metro, 21 Jun 2022.
 ?? ?? HAFEEZ (kiri) melihat lembu ternakan bagi tujuan ibadah korban.
HAFEEZ (kiri) melihat lembu ternakan bagi tujuan ibadah korban.
 ?? ?? NORMAH (kanan) bersama anaknya, Liana.
NORMAH (kanan) bersama anaknya, Liana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia