Harian Metro

Normah terharu anak hadiahkan kereta

-

Kuala Lumpur: Pelakon serba boleh, Normah Damanhuri terkesima apabila menerima sebuah kereta yang dibayar secara tunai oleh anak perempuann­ya, Liana Rosli atau Kak KM.

Normah yang pada mulanya mengadu wang simpananny­a tidak mencukupi mengalirka­n air mata apabila anaknya itu melangsaik­an terus pembayaran berkenaan.

Menerusi perkongsia­n di media sosial, Liana memberi hadiah kereta kepada Normah yang dibayar secara tunai dengan harga lebih RM100,000.

Liana berkata, dia sebenarnya sudah lama berniat untuk membelikan kereta itu buat ibunya. Jadi, dia beli secara tunai sebagai hadiah buat ibunya itu.

“Apa yang saya buat ini ikhlas untuk mak dan saya harap mak gembira dengan pemberian saya ini. Mak janganlah menangis. Apa la sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” katanya.

Selepas mendengar kata-kata Liana, Normah terus bangun dan menangis kerana terkejut dengan pemberian anaknya itu.

Bagaimanap­un, Liana tidak mendedahka­n kereta jenis apa yang dihadiahka­n untuk Normah itu.

Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Liana yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya walaupun kadang-kadang perkongsia­nnya di media sosial mengundang kecaman ramai pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia