Harian Metro

PLATFORM PKS MAJU PERNIAGAAN

Lotus’s Malaysia tampil sejumlah 400 barangan runcit di 64 stor

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menampilka­n kira-kira 400 barisan barangan runcit makanan dan bukan makanan daripada 71 rakan kongsi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di 64 stornya di seluruh negara, dalam usaha menyokong Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah berkata, Lotus’s akan terus menjadi platform bagi PKS untuk memajukan perniagaan mereka.

Katanya, Lotus’s juga memahami tanggungja­wabnya dalam memastikan PKS tempatan menjadi tonggak penting pertumbuha­n ekonomi negara dapat berkembang dan bertahan.

“Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda ini bertujuan menarik minat dan menggalakk­an pengguna bagi memilih produk tempatan halal yang berkualiti serta berpatutan dihasilkan oleh PKS.

“Kami juga mempunyai keyakinan terhadap keupayaan dan kualiti pengeluar

PKS tempatan kerana 90 peratus daripada 3,000 produk berjenama Lotus’s diperoleh dan dihasilkan secara tempatan,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda Lotus’s di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif Halal Developmen­t Corporatio­n (HDC), Hairol Ariffien Sahari.

Chuah berkata, barangan jenama Lotus’s seperti produk makanan dan penjagaam mulut diperakui halal sepenuhnya.

Beliau berkata, selain menyenarai­kan produk PKS di semua stornya, Lotus’s juga bekerjasam­a rapat dengan mereka dalam pembanguna­n produk, strategi harga dan pemasaran serta penambahba­ikan pembungkus­an produk.

Sebagai sokongan kepada kempen ini, Lotus’s turut menjalanka­n inisiatif seperti tawaran produk, komunikasi dalam stor, promosi dalam platform media dan sampel produk untuk menggalakk­an pelanggan membeli-belah di stor Lotus’s atau dalam talian untuk memperoleh pelbagai rangkaian produk halal.

 ?? ?? ROSOL (dua dari kanan) bersama Chuah (kiri) menunjukka­n salah satu produk halal tempatan di Lotus’s Ampang, semalam.
ROSOL (dua dari kanan) bersama Chuah (kiri) menunjukka­n salah satu produk halal tempatan di Lotus’s Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia